Berita Politik
PKR kukuh di bawah Anwar, pemilihan eratkan akar umbi – Ramanan

KUALA LUMPUR, 21 Mei – Pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) kali ini disifatkan sebagai manifestasi kematangan demokrasi dan kekuatan akar umbi dalam parti yang menjunjung prinsip keadilan dan reformasi.
Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Seri Ramanan Ramakrishnan, berkata proses pemilihan ini bukan sekadar perebutan jawatan, tetapi medan untuk memperkukuh parti serta membina masa depan politik yang lebih kukuh di bawah pimpinan Presiden Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“PKR adalah parti reformasi yang meraikan perbezaan pandangan. Namun yang penting, kita kekal bersatu demi membina Malaysia Madani,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Ramanan yang juga Ahli Parlimen Sungai Buloh dan Timbalan Ketua Penerangan 1 PKR, menawarkan diri bertanding jawatan Naib Presiden PKR dalam pemilihan kali ini.
Beliau turut menyeru semua calon dan anggota parti agar menjadikan proses pemilihan sebagai wadah memperkasakan perjuangan serta persiapan menghadapi pilihan raya negeri dan umum akan datang.
“Segala-galanya bermula daripada suara akar umbi. Suara mereka adalah nadi utama kekuatan parti,” ujarnya.
Menurut beliau, PKR sebagai parti berbilang kaum telah merentasi pelbagai cabaran dalaman dan luaran, namun kekal teguh kerana kesetiaan terhadap idealisme reformasi.
“Kita hanya ada satu pasukan dalam parti ini. Perbezaan adalah kekuatan dan demokrasi dalaman ini membuktikan kematangan PKR,” katanya.
Pemilihan PKR tahun ini dilihat sebagai detik penting dalam menentukan barisan kepimpinan baharu yang mampu memperkukuh keyakinan rakyat terhadap kerajaan perpaduan pimpinan Anwar.
Berita berkaitan
July 31, 2025, 9:24 pm
Pelantikan Pengerusi MPN Pulau Pinang isyarat KEADILAN mantapkan strategi hadapi PRU16
July 30, 2025, 1:39 pm
Pas nafi spekulasi pertukaran jawatan presiden, Abdul Hadi kekal jawatan tertinggi parti
July 30, 2025, 9:32 am
'DAP patut minta maaf, jangan salahkan rakyat tuntut janji' - MCA
July 29, 2025, 6:47 pm
BN–PH ‘dikunci’ hadapi PRN Sabah – Zahid
July 27, 2025, 1:20 pm
Himpunan 'Turun Anwar' gagal, pembangkang main gimik politik lapuk - AMK Klang
July 18, 2025, 10:40 am
Amanah dalam kepimpinan bukan medan mencari pengaruh – Abdul Hadi
July 14, 2025, 12:29 pm