Berita Berita
Bangunan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Tampin terbakar

TAMPIN, 23 Mei – Sebuah bilik mesyuarat di tingkat empat bangunan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tampin musnah sepenuhnya dalam kebakaran yang berlaku sekitar jam 7.15 malam tadi.
Ketua Polis Daerah Tampin, Superintendan Amiruddien Sariman berkata, kebakaran berjaya dikawal oleh pasukan bomba kira-kira sejam kemudian, pada pukul 8.10 malam.
“Pejabat yang musnah adalah bilik mesyuarat dan kemusnahan dianggarkan 100 peratus dan tiada sebarang kemalangan jiwa.
"Ketika kejadian tiada anggota bertugas di pejabat tersebut. Siasatan masih diteruskan oleh pihak bomba,” katanya kepada media, semalam,
Sementara itu, Pegawai Zon Port Dickson, Penolong Kanan Penguasa Bomba Mohd Arif Ahmad Osasi memaklumkan, seramai 14 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tampin dan Kota telah dikerahkan ke lokasi sebaik menerima panggilan kecemasan.
Berita berkaitan
May 23, 2025, 5:28 pm
Bekalan air Johor Bahru dijangka pulih sepenuhnya tengah malam ini – MB
May 23, 2025, 5:09 pm
Dua maut, kereta rempuh lori buat pusingan U di Melaka
May 23, 2025, 4:30 pm
Lima kes pedofilia yang pernah gegar negara, timbulkan kerisauan masyarakat
May 23, 2025, 3:40 pm
Hadiah RM10,000 menanti pemenang utama Pitch & Grow sempena NTW 2025
May 23, 2025, 3:20 pm
KESUMA kaji cadangan umur persaraan dinaikkan kepada 65 tahun - Steven
May 23, 2025, 1:51 pm
Karnival Belia Madani 2.0 tawar pelbagai aktiviti perkasa belia bermula 29 Mei ini
May 23, 2025, 1:44 pm
2 kru kapal maut terjatuh ke dalam lubang sempit berisi air di Sibu
May 23, 2025, 12:10 pm
Dua maut kereta terperosok bawah lori di Melaka
May 23, 2025, 12:03 pm
Pempengaruh media sosial 'CEO Batu' didakwa ganggu seksual remaja 14 Tahun
May 23, 2025, 11:49 am