Berita Politik
BN tidak hadir kongres AMK, Adam Adli sahkan tiada maklum balas jemputan

JOHOR BAHRU 23 Mei – Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Adam Adli Abdul Halim memaklumkan ketiadaan wakil Barisan Nasional (BN) dalam Kongres Nasional Tahunan AMK tahun ini berpunca daripada kegagalan parti komponen itu memberikan sebarang maklum balas terhadap jemputan rasmi yang telah dihantar.
Menurut Adam, surat jemputan telah disampaikan lebih awal kepada BN-UMNO namun tiada sebarang respon diterima sehingga hari berlangsungnya kongres di Berjaya Waterfront, Johor Bahru hari ini.
“Ya, kita sudah keluarkan surat jemputan tetapi mereka (BN-UMNO) tidak hadir. Kita juga sudah jemput Timbalan Presiden, Datuk Seri Rafizi Ramli untuk rasmikan kongres, tetapi mereka tidak dapat penuhi jemputan.
“Perasaan biasa sahaja, tiada rasa kecil hati atau apa-apa,” katanya kepada media selepas merasmikan kongres tersebut.
Ketiadaan wakil BN-UMNO bukan sahaja dirasai dalam kongres AMK, malah turut tiada kelibat pemimpin parti itu dalam Kongres Wanita PKR yang berlangsung serentak di Hotel Danga Bay.
Adam bagaimanapun yakin, suasana dalaman PKR akan kembali stabil selepas proses pemilihan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) yang dijadualkan berakhir esok.
“Semua pihak yang terlibat dalam pemilihan ini adalah individu yang taat dan setia pada parti, mereka bertelagah kerana masing-masing setia.
“Perpecahan hanya berlaku sekiranya tiada usaha penyatuan semula. Waktu pemilihan memang suasana agak tegang, tetapi yang paling mustahak selepas pertembungan adalah tautkan kembali hubungan,” katanya.
Kongres kali ini dianggap penting dalam menyatukan semula kekuatan AMK selepas beberapa isu dalaman sejak Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), termasuk persepsi terhadap hala tuju parti dalam kerajaan perpaduan. — Media Telus
Berita berkaitan
July 31, 2025, 9:24 pm
Pelantikan Pengerusi MPN Pulau Pinang isyarat KEADILAN mantapkan strategi hadapi PRU16
July 30, 2025, 1:39 pm
Pas nafi spekulasi pertukaran jawatan presiden, Abdul Hadi kekal jawatan tertinggi parti
July 30, 2025, 9:32 am
'DAP patut minta maaf, jangan salahkan rakyat tuntut janji' - MCA
July 29, 2025, 6:47 pm
BN–PH ‘dikunci’ hadapi PRN Sabah – Zahid
July 27, 2025, 1:20 pm
Himpunan 'Turun Anwar' gagal, pembangkang main gimik politik lapuk - AMK Klang
July 18, 2025, 10:40 am
Amanah dalam kepimpinan bukan medan mencari pengaruh – Abdul Hadi
July 14, 2025, 12:29 pm