Berita Politik
Tidak Rasmi: Nurul Izzah raih sokongan lebih kukuh, jauh tinggalkan Rafizi

JOHOR BAHRU, 23 Mei — Saingan jawatan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyaksikan Nurul Izzah Anwar dilihat mendahului penyandang jawatan, Datuk Seri Rafizi Ramli berdasarkan kiraan tidak rasmi sehingga jam 8.30 malam ini.
Berdasarkan maklumat tidak rasmi yang dikongsi dalam kalangan perwakilan parti, Nurul Izzah dipercayai mendahului dengan kelebihan kira-kira 3,000 undi.
Spekulasi kekalahan Rafizi turut diperkukuh dengan hantaran di media sosial oleh Pegawai Khas beliau, Syukri Razab yang menulis: “Alhamdulillah. Kalah dah. Begitulah ceritanya”.
Namun, keputusan rasmi penuh bagi pemilihan ini hanya akan diumumkan seawal jam 9 malam ini atau selewat-lewatnya pada pagi Sabtu.
Rafizi, yang sebelum ini sering menyuarakan pandangan bahawa beliau bertanding di atas "padang yang tidak sama rata", menolak dakwaan beliau telah meletak jawatan dan menegaskan bahawa beliau akan terus mempertahankan kedudukannya.
"Kesemua perkara itu adalah tohmahan," katanya, sambil menambah bahawa beliau mendapat jaminan daripada Presiden parti, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang juga Perdana Menteri.
Dalam kenyataan yang dikongsi kurang 24 jam sebelum pengundian bermula, Nurul Izzah menjelaskan keputusannya bertanding dibuat selepas dimaklumkan bahawa Rafizi telah mendraf surat peletakan jawatan dan mengosongkan pejabat menteri.
“Saya menyahut seruan untuk bertanding selepas menerima maklumat Rafizi telah mendraf surat perletakan jawatan dan telah mengosong pejabat menteri,” katanya.
Sementara itu, calon-calon Naib Presiden yang dilihat mendahului dalam undian tidak rasmi termasuk Datuk Seri Aminudin Harun, Chang Lih Kang, Datuk Seri Amirudin Shari dan Datuk Ramanan Ramakrishnan yang mana dua daripadanya dikenali sebagai calon pilihan Rafizi.
Pengumuman rasmi dijangka akan menentukan hala tuju kepimpinan PKR menjelang Kongres Nasional parti yang sedang berlangsung.
Berita berkaitan
July 31, 2025, 9:24 pm
Pelantikan Pengerusi MPN Pulau Pinang isyarat KEADILAN mantapkan strategi hadapi PRU16
July 30, 2025, 1:39 pm
Pas nafi spekulasi pertukaran jawatan presiden, Abdul Hadi kekal jawatan tertinggi parti
July 30, 2025, 9:32 am
'DAP patut minta maaf, jangan salahkan rakyat tuntut janji' - MCA
July 29, 2025, 6:47 pm
BN–PH ‘dikunci’ hadapi PRN Sabah – Zahid
July 27, 2025, 1:20 pm
Himpunan 'Turun Anwar' gagal, pembangkang main gimik politik lapuk - AMK Klang
July 18, 2025, 10:40 am
Amanah dalam kepimpinan bukan medan mencari pengaruh – Abdul Hadi
July 14, 2025, 12:29 pm