Berita Politik
Nurul Izzah sah Timbalan Presiden PKR, tewaskan Rafizi dengan beza undi hampir 6,000

JOHOR BAHRU 23 Mei - Saingan merebut jawatan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyaksikan Nurul Izzah Anwar muncul sebagai pemenang selepas diumumkan secara rasmi hari ini.
Keputusan itu diumumkan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP), Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa sejurus selesai perasmian Kongres Nasional Keadilan 2025 di Johor Bahru.
Nurul Izzah, yang juga bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh, memperoleh sebanyak 9,803 undi menewaskan penyandang jawatan, Datuk Seri Rafizi Ramli yang hanya meraih 3,866 undi.
Sebagai rekod, Rafizi pernah tewas dalam pemilihan Timbalan Presiden PKR pada 2018 kepada Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, sebelum bangkit memenangi jawatan itu pada pemilihan 2022 dengan menewaskan Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
Berita berkaitan
July 31, 2025, 9:24 pm
Pelantikan Pengerusi MPN Pulau Pinang isyarat KEADILAN mantapkan strategi hadapi PRU16
July 30, 2025, 1:39 pm
Pas nafi spekulasi pertukaran jawatan presiden, Abdul Hadi kekal jawatan tertinggi parti
July 30, 2025, 9:32 am
'DAP patut minta maaf, jangan salahkan rakyat tuntut janji' - MCA
July 29, 2025, 6:47 pm
BN–PH ‘dikunci’ hadapi PRN Sabah – Zahid
July 27, 2025, 1:20 pm
Himpunan 'Turun Anwar' gagal, pembangkang main gimik politik lapuk - AMK Klang
July 18, 2025, 10:40 am
Amanah dalam kepimpinan bukan medan mencari pengaruh – Abdul Hadi
July 14, 2025, 12:29 pm