Berita Politik
Sibuk galas tanggungjawab PM, Anwar mohon maaf kurang fokus pengukuhan parti

KUALA LUMPUR 24 Mei - Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim secara terbuka mengakui beliau kurang memberi perhatian terhadap pengukuhan parti sepanjang hampir tiga tahun memegang jawatan sebagai Perdana Menteri.
Beliau memohon maaf kepada kepemimpinan dan jentera parti atas kekurangan tersebut, yang menurutnya berpunca daripada keutamaan yang diberikan terhadap agenda negara.
"Pada MPP (Majlis Pimpinan Pusat) umpamanya, saya harus mohon maaf, pertama kerana sepanjang hampir tiga tahun sebagai PM, saya paling kurang mengambil berat soal keutuhan parti. Adakah ini satu yang wajar, (tentunya) tidak.
"Saya terbeban dengan tanggungjawab baru kerana mahu negara ini bangkit sebagai sebuah negara yang hebat.
"Saya juga punya cita-cita tinggi dalam usia yang makin lanjut untuk jadikan negara ini hebat, jadi saya terlalu tertumpu (kepada agenda negara). Saya mohon maaf kepada jentera parti," katanya ketika menyampaikan ucapan dasar sempena perasmian Kongres Nasional PKR 2024/2025 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor, malam tadi.
Dalam ucapan sama, Anwar mengumumkan bahawa bermula bulan depan, beliau akan meluangkan lebih banyak masa untuk memperkukuh parti serta mempererat hubungan dalam gabungan Kerajaan Perpaduan.
"Insya-Allah, mulai Jun ini, saya akan bahagikan tugas, kebanyakan majoriti masa (sebelum ini) untuk kerajaan, tapi saya akan peruntuk hari khusus untuk bina kekuatan parti.
"Ini termasuk apa yang saya tugaskan kepada Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail (Setiausaha Agung PH) untuk pastikan hubungan kerjasama dengan parti-parti dalam Kerajaan MADANI itu dimantapkan," katanya.
Berita berkaitan
July 31, 2025, 9:24 pm
Pelantikan Pengerusi MPN Pulau Pinang isyarat KEADILAN mantapkan strategi hadapi PRU16
July 30, 2025, 1:39 pm
Pas nafi spekulasi pertukaran jawatan presiden, Abdul Hadi kekal jawatan tertinggi parti
July 30, 2025, 9:32 am
'DAP patut minta maaf, jangan salahkan rakyat tuntut janji' - MCA
July 29, 2025, 6:47 pm
BN–PH ‘dikunci’ hadapi PRN Sabah – Zahid
July 27, 2025, 1:20 pm
Himpunan 'Turun Anwar' gagal, pembangkang main gimik politik lapuk - AMK Klang
July 18, 2025, 10:40 am
Amanah dalam kepimpinan bukan medan mencari pengaruh – Abdul Hadi
July 14, 2025, 12:29 pm