Berita Politik
AMK Hang Tuah Jaya kecam kenyataan fitnah ahli UMNO terhadap pemimpin PKR

MELAKA 29 Mei – Angkatan Muda Keadilan (AMK) Hang Tuah Jaya menyuarakan rasa kecewa terhadap tindakan seorang ahli UMNO dari salah sebuah cawangan di negeri ini yang didakwa mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah terhadap beberapa pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Ketua Penerangannya, Ezal Abdul Qaiyum Zamri berkata, berdasarkan rakaman video yang tular di media sosial, individu terbabit menuduh Timbalan Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar dan Naib Presiden, Datuk Seri Rafizi Ramli sebagai ‘perosak generasi terdahulu’.
Selain itu, beliau turut menegaskan bahawa tuduhan kononnya Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abdul Halim, yang juga Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya, tidak menamatkan pengajiannya di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) adalah tidak benar dan bersifat fitnah.
“Kenyataan ini adalah berniat jahat dan tidak berlandaskan fakta. Ia bukan sahaja merupakan fitnah jahat, tetapi mencerminkan mentaliti politik usang yang memecah-belahkan rakyat,” tegasnya dalam kenyataan pada Khamis.
Gesaan hentikan politik sempit
Ezal turut melahirkan rasa kesal terhadap kenyataan-kenyataan tidak bertanggungjawab itu, dan menyeru semua pihak agar tidak menggugat keharmonian Kerajaan Perpaduan semata-mata kerana ketidakpuasan hati politik.
“Rakyat telah penat dengan mainan politik sempit serta tohmahan tidak berasas. Pemimpin dan ahli politik seharusnya menunjukkan kematangan dalam berpolitik,” katanya lagi.
Beliau turut menyeru agar semua pihak mengutamakan kesejahteraan rakyat dan menghentikan budaya menyebarkan fitnah yang hanya akan merosakkan perpaduan nasional.
Latar belakang video tular
Terdahulu, tular di media sosial satu rakaman video yang memaparkan kenyataan individu terbabit semasa satu mesyuarat UMNO cawangan pada minggu lalu, yang mengandungi dakwaan-dakwaan tersebut terhadap pemimpin PKR.
Setakat ini, tiada kenyataan rasmi dikeluarkan oleh pihak UMNO negeri atau individu yang terbabit dalam video berkenaan. – Media Telus
Berita berkaitan
July 31, 2025, 9:24 pm
Pelantikan Pengerusi MPN Pulau Pinang isyarat KEADILAN mantapkan strategi hadapi PRU16
July 30, 2025, 1:39 pm
Pas nafi spekulasi pertukaran jawatan presiden, Abdul Hadi kekal jawatan tertinggi parti
July 30, 2025, 9:32 am
'DAP patut minta maaf, jangan salahkan rakyat tuntut janji' - MCA
July 29, 2025, 6:47 pm
BN–PH ‘dikunci’ hadapi PRN Sabah – Zahid
July 27, 2025, 1:20 pm
Himpunan 'Turun Anwar' gagal, pembangkang main gimik politik lapuk - AMK Klang
July 18, 2025, 10:40 am
Amanah dalam kepimpinan bukan medan mencari pengaruh – Abdul Hadi
July 14, 2025, 12:29 pm