Berita Politik
UMNO tak goyah meski Tengku Zafrul keluar parti – Tok Mat

SHAH ALAM, 31 Mei – Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan menegaskan UMNO tidak pernah bergantung kepada mana-mana individu kerana kekuatan parti terletak pada akar umbi, semangat perjuangan dan keyakinan rakyat.
Mengulas keputusan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz untuk berundur daripada UMNO dan menyertai PKR, Mohamad berkata, perkara itu adalah lumrah politik.
“Orang datang dan pergi, itu lumrah politik. Yang penting, perjuangan ini mesti diteruskan. Saya tidak anggap ini sesuatu yang luar biasa atau mengejutkan. Ini sebahagian daripada dinamika politik yang makin terbuka dan pelbagai.
“Semua orang berhak memilih jalan mereka – dan kami pilih untuk terus bergerak ke hadapan, fokus membina semula kekuatan parti dan memperjuangkan nasib rakyat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Mohamad turut mengingatkan semua ahli dan penyokong UMNO supaya tidak hilang fokus dan goyah disebabkan tindakan segelintir individu meninggalkan parti.
“Kepada ahli dan penyokong UMNO, jangan biar tindakan satu dua orang mengganggu hala tuju kita. Parti ini bukan dibina sehari dua, dan bukan diangkat hanya kerana seorang tokoh,” katanya.
Walaupun tindakan Tengku Zafrul menimbulkan rasa kurang senang dalam UMNO, Mohamad tetap mengiktiraf sumbangan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri itu semasa berada dalam kerajaan di bawah tiket UMNO.
“Sepanjang berada dalam kerajaan atas tiket UMNO, Tengku Zafrul memainkan peranan sebagai teknokrat yang menyumbang dalam bidang ekonomi dan kewangan. Kami ucapkan terima kasih atas segala sumbangan beliau.
“Saya doakan yang terbaik buat Tengku Zafrul, dan kita doakan yang lebih baik untuk UMNO,” katanya. – Media Telus
Berita berkaitan
July 31, 2025, 9:24 pm
Pelantikan Pengerusi MPN Pulau Pinang isyarat KEADILAN mantapkan strategi hadapi PRU16
July 30, 2025, 1:39 pm
Pas nafi spekulasi pertukaran jawatan presiden, Abdul Hadi kekal jawatan tertinggi parti
July 30, 2025, 9:32 am
'DAP patut minta maaf, jangan salahkan rakyat tuntut janji' - MCA
July 29, 2025, 6:47 pm
BN–PH ‘dikunci’ hadapi PRN Sabah – Zahid
July 27, 2025, 1:20 pm
Himpunan 'Turun Anwar' gagal, pembangkang main gimik politik lapuk - AMK Klang
July 18, 2025, 10:40 am
Amanah dalam kepimpinan bukan medan mencari pengaruh – Abdul Hadi
July 14, 2025, 12:29 pm