Berita Politik
Cleopatra sertai PAS demi masa depan anak-anak

KUALA LUMPUR 1 Jun – Bekas calon Bebas Parlimen Batu pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), Nur Fathiah Syazwana Shaharuddin atau lebih dikenali sebagai Cleopatra, secara rasmi memohon menjadi ahli Parti Islam Se-Malaysia (PAS) hari ini.
Permohonan beliau diserahkan di Pejabat Dewan Muslimat PAS dan disaksikan oleh Ketua Dewan Muslimat, Ustazah Nuridah Mohd Salleh.
Menurut Dewan Muslimat PAS, Cleopatra menyatakan bahawa keputusan untuk menyertai PAS dibuat demi masa depan anak-anaknya. Beliau juga sebelum ini menyuarakan hasrat untuk mengenali PAS secara lebih dekat serta menyatakan kesediaan untuk mengikuti proses tarbiah parti.
“Beliau yang juga seorang ibu tunggal, aktivis kebajikan serta pengasas NGO Hetero Action Women Alliance (HAWA), dilihat berperanan besar dalam memperjuangkan isu sosial, hak wanita dan pembangunan komuniti,” menurut kenyataan rasmi.
Cleopatra juga dikenali sebagai pempengaruh media sosial yang lantang bersuara dalam pelbagai isu berkaitan masyarakat dan wanita.
Beliau mencuba nasib sebagai calon bebas di Parlimen Batu pada PRU15 tahun 2022 dalam pertandingan 10 penjuru – paling ramai dalam sejarah PRU ketika itu – namun tewas kepada penyandang kerusi dari Pakatan Harapan, P Prabakaran.
Ketua Dewan Muslimat PAS turut mengalu-alukan penyertaan Cleopatra dan menyeru lebih ramai wanita menyertai perjuangan parti.
“Penyertaan Cleopatra dilihat sebagai langkah strategik dalam memperkukuh peranan politik wanita di Malaysia serta memperjuangkan kesejahteraan masyarakat,” kata Nuridah.
PAS melalui Dewan Muslimat turut menegaskan komitmen berterusan mereka dalam memperjuangkan kebajikan golongan rentan seperti ibu tunggal, warga emas, OKU dan anak yatim.
Langkah Cleopatra ini mencerminkan keterbukaan PAS dalam menerima pelbagai latar belakang wanita untuk bersama-sama dalam usaha membina masyarakat lebih sejahtera melalui pendekatan politik Islam. – Media Telus
Berita berkaitan
July 31, 2025, 9:24 pm
Pelantikan Pengerusi MPN Pulau Pinang isyarat KEADILAN mantapkan strategi hadapi PRU16
July 30, 2025, 1:39 pm
Pas nafi spekulasi pertukaran jawatan presiden, Abdul Hadi kekal jawatan tertinggi parti
July 30, 2025, 9:32 am
'DAP patut minta maaf, jangan salahkan rakyat tuntut janji' - MCA
July 29, 2025, 6:47 pm
BN–PH ‘dikunci’ hadapi PRN Sabah – Zahid
July 27, 2025, 1:20 pm
Himpunan 'Turun Anwar' gagal, pembangkang main gimik politik lapuk - AMK Klang
July 18, 2025, 10:40 am
Amanah dalam kepimpinan bukan medan mencari pengaruh – Abdul Hadi
July 14, 2025, 12:29 pm