Berita Politik
BN sambut ulang tahun ke-51, kekal utuh dalam arus perubahan

KUALA LUMPUR 1 Jun – Barisan Nasional (BN) terus komited menjunjung prinsip demokrasi, membela pembangunan inklusif dan menyemai perpaduan nasional sejak penubuhannya lebih lima dekad lalu.
Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, dalam tempoh 51 tahun, BN kekal sebagai gagasan politik yang merangkul kepelbagaian dan menyatukan rakyat demi masa depan Malaysia yang aman, makmur dan berdaya tahan.
“Alhamdulillah, hari ini genap 51 tahun usia Barisan Nasional yang telah menempuh gelombang sejarah dan masih utuh sebagai tiang seri perjuangan membina negara bangsa Malaysia.
“Dalam badai perubahan zaman, ketika dunia berubah arah dan angin politik bertukar haluan, Barisan Nasional tetap berdiri teguh dan tidak goyah,” katanya menerusi catatan di Facebook.
Sempena ulang tahun ke-51 BN, Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri merakamkan penghargaan kepada semua ahli, jentera parti, pimpinan di semua peringkat serta penyokong setia yang terus bersama parti tanpa mengira waktu.
“Kesetiaan kalian adalah nadi kekuatan kita. Semangat kalian adalah nyawa kepada perjuangan ini.
“Semoga ulang tahun ke-51 ini menjadi muhasabah yang menyegarkan, menjadi ilham untuk kita terus mara, melangkah penuh yakin dalam menyulam sejarah baharu yang lebih bermakna,” katanya.
Ahmad Zahid turut mendoakan agar perjuangan BN sentiasa diberkati dan dipandu oleh petunjuk Ilahi. – Media Telus
Berita berkaitan
July 31, 2025, 9:24 pm
Pelantikan Pengerusi MPN Pulau Pinang isyarat KEADILAN mantapkan strategi hadapi PRU16
July 30, 2025, 1:39 pm
Pas nafi spekulasi pertukaran jawatan presiden, Abdul Hadi kekal jawatan tertinggi parti
July 30, 2025, 9:32 am
'DAP patut minta maaf, jangan salahkan rakyat tuntut janji' - MCA
July 29, 2025, 6:47 pm
BN–PH ‘dikunci’ hadapi PRN Sabah – Zahid
July 27, 2025, 1:20 pm
Himpunan 'Turun Anwar' gagal, pembangkang main gimik politik lapuk - AMK Klang
July 18, 2025, 10:40 am
Amanah dalam kepimpinan bukan medan mencari pengaruh – Abdul Hadi
July 14, 2025, 12:29 pm