Berita Politik
'Jawatan presiden pun saya tak minat' - Rafizi tolak tawaran Nurul Izzah jawatan Timbalan Presiden PKR lantikan

AMPANG 1 Jun - Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Rafizi Ramli menolak tawaran untuk menyandang jawatan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) melalui pelantikan, satu cadangan yang dikemukakan oleh Nurul Izzah Anwar dalam satu pertemuan baru-baru ini.
Rafizi mendedahkan perkara itu kepada media, namun menegaskan pendiriannya untuk tidak menerima sebarang jawatan lantikan dalam parti, termasuk kedudukan tertinggi sekalipun.
"Ketika Nurul Izzah bertemu saya tempoh hari, beliau cuba mencadangkan idea melantik saya sebagai timbalan presiden.
"Walaupun ia jawatan timbalan presiden atau presiden dilantik sekali pun saya tidak berminat, apatah lagi apa-apa jawatan," katanya sebagaimana dipetik oleh The Star pada Ahad.
Menurut beliau, penolakannya bukan berpunca daripada soal jawatan semata-mata, sebaliknya berpaksikan prinsip perjuangan politik yang diyakini selama ini.
Rafizi menegaskan bahawa beliau akan terus kekal sebagai ahli PKR sebagai satu bentuk tanggungjawab kepada parti dan rakyat, di samping meneruskan tugasnya sebagai Ahli Parlimen dan Ketua Cabang PKR Pandan.
“Jika orang bertanya kenapa saya masih kekal sebagai ahli Parlimen atau belum meletakkan jawatan, jawapannya ialah kerana yang memilih saya adalah rakyat. Saya mesti menghormati keputusan mereka,” ujarnya lagi.
Mengulas lanjut, Rafizi turut menolak spekulasi bahawa beliau merancang untuk menubuhkan parti politik baharu.
"Jika saya ada perancangan, saya tidak akan beritahu anda. Tidak bijak untuk bercakap kepada media mengenai rancangan yang belum pun dilancarkan," katanya.
Berita berkaitan
June 5, 2025, 3:30 pm
Kedudukan Tengku Zafrul tidak dibangkitkan dalam mesyuarat Kabinet - Fahmi
June 4, 2025, 10:47 pm
Tun M pelawa ahli UMNO sertai parti Melayu baharu
June 3, 2025, 11:30 am
Anwar berhak pilih kabinet, tetapi cadangan dari mana-mana pihak tidak salah – Ahmad Maslan
June 3, 2025, 11:09 am
Pemuda UMNO Selangor kecam tindakan Tengku Zafrul keluar parti
June 2, 2025, 4:42 pm
Kenyataan pemimpin DAP goyah perpaduan – Nurulhidayah
June 2, 2025, 1:22 pm
Hormati keputusan Tengku Zafrul, jangan desak letak jawatan menteri – Rizwan Shah
June 1, 2025, 10:42 am
BN sambut ulang tahun ke-51, kekal utuh dalam arus perubahan
June 1, 2025, 9:22 am