Berita Politik
Hormati keputusan Tengku Zafrul, jangan desak letak jawatan menteri – Rizwan Shah

KUALA LUMPUR 2 Jun – Semua pihak digesa menghormati keputusan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz yang meletak jawatan dalam UMNO, tanpa mendesaknya turut melepaskan jawatan sebagai Menteri Perdagangan, Pelaburan dan Industri.
Ketua Pemuda UMNO Bahagian Pandan, Rizwan Shah Azlan berkata, desakan seperti itu tidak wajar terutama dalam suasana ekonomi global yang mencabar ketika ini.
“Tengku Zafrul mempunyai prestasi dan rekod pencapaian yang konsisten. Tidak sepatutnya beliau diketepikan pada saat negara memerlukan kepakaran dan pengalaman beliau untuk terus mengukuhkan pelaburan serta ekonomi negara.
“Keputusan beliau untuk meletak jawatan bukanlah mudah memandangkan beliau sudah bersama UMNO sejak 1997. Kita harus hormat haknya untuk menentukan hala tuju politik setelah mengambil kira pelbagai faktor, termasuk keserasian perjuangan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Rizwan yang pernah berkhidmat bersama Tengku Zafrul di Pejabat Setiausaha Politik Kementerian Perdagangan, Pelaburan dan Industri, turut menyifatkan bekas Bendahari UMNO itu sebagai seorang pemimpin berintegriti tinggi dan profesional.
“Sepanjang berkhidmat bersama beliau, saya menyaksikan sendiri dedikasi dan keutamaannya kepada negara melebihi kepentingan peribadi. Ini jelas dalam setiap keputusan yang diambilnya,” katanya lagi.
Tambah beliau, kepimpinan Tengku Zafrul yang berasaskan pengalaman luas dalam sektor kewangan dan pentadbiran kerajaan telah membawa banyak manfaat, khususnya dalam bidang pelaburan, perdagangan dan industri.
“Tidak salah jika beliau memilih untuk terus menyumbang kepada negara dari platform lain. Keputusan itu pasti dibuat dengan penuh pertimbangan demi kepentingan negara.
“Kita sepatutnya menyokong mana-mana individu yang berusaha membawa perubahan positif tanpa mengira latar belakang politik mereka,” katanya. – Media Telus
Berita berkaitan
July 31, 2025, 9:24 pm
Pelantikan Pengerusi MPN Pulau Pinang isyarat KEADILAN mantapkan strategi hadapi PRU16
July 30, 2025, 1:39 pm
Pas nafi spekulasi pertukaran jawatan presiden, Abdul Hadi kekal jawatan tertinggi parti
July 30, 2025, 9:32 am
'DAP patut minta maaf, jangan salahkan rakyat tuntut janji' - MCA
July 29, 2025, 6:47 pm
BN–PH ‘dikunci’ hadapi PRN Sabah – Zahid
July 27, 2025, 1:20 pm
Himpunan 'Turun Anwar' gagal, pembangkang main gimik politik lapuk - AMK Klang
July 18, 2025, 10:40 am
Amanah dalam kepimpinan bukan medan mencari pengaruh – Abdul Hadi
July 14, 2025, 12:29 pm