Berita Politik
Pemuda UMNO Selangor kecam tindakan Tengku Zafrul keluar parti

SHAH ALAM 3 Jun – Pemuda UMNO Selangor menyifatkan tindakan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz meletakkan jawatan dalam UMNO dan memohon menyertai PKR sebagai tidak bertanggungjawab serta bermotifkan kepentingan peribadi.
Ketua Pemuda UMNO Selangor, Datuk Mohd Imran Tamrin berkata, tindakan tersebut bukanlah contoh yang baik daripada seorang pemimpin politik.
“Kedudukan beliau dalam anggota pentadbiran kerajaan sebagai Menteri Perdagangan, Pelaburan dan Industri adalah atas kapasitinya sebagai kepemimpinan tertinggi UMNO di peringkat pusat dan negeri yang beliau sandang sebelum ini,” katanya pada sidang media di sini, malam tadi.
Justeru, Pemuda UMNO Selangor menggesa pucuk pimpinan parti supaya mempertahankan jumlah komposisi menteri dan timbalan menteri daripada UMNO dalam Kabinet Kerajaan Perpaduan.
“Kita mahu jumlah tujuh menteri dan lima timbalan menteri daripada UMNO dikekalkan. Ia penting bagi menjaga keseimbangan suara parti dalam kerajaan,” tegasnya.
Beliau turut menyatakan bahawa Pemuda UMNO tidak melihat isu ini secara peribadi terhadap Tengku Zafrul, tetapi sebagai keputusan seorang pemimpin parti yang mengabaikan tanggungjawab terhadap jawatan yang dimenangi melalui pemilihan.
“Beliau tidak dilantik, tetapi dipilih sebagai Ahli Majlis Kerja Tertinggi dan Ketua UMNO Bahagian Kota Raja,” katanya.
Tambah Mohd Imran, tindakan keluar parti untuk menyertai parti dalam gabungan kerajaan bukanlah budaya UMNO dan Barisan Nasional, kerana setiap parti komponen menghormati antara satu sama lain.
Terdahulu, Tengku Zafrul dilaporkan telah menghantar surat peletakan jawatan dalam UMNO untuk menyertai PKR. Beliau juga mengesahkan peletakan jawatan sebagai Ahli Majlis Kerja Tertinggi, Ketua UMNO Bahagian Kota Raja dan sebagai ahli UMNO telah diserahkan kepada pucuk pimpinan parti. – Media Telus
Berita berkaitan
July 31, 2025, 9:24 pm
Pelantikan Pengerusi MPN Pulau Pinang isyarat KEADILAN mantapkan strategi hadapi PRU16
July 30, 2025, 1:39 pm
Pas nafi spekulasi pertukaran jawatan presiden, Abdul Hadi kekal jawatan tertinggi parti
July 30, 2025, 9:32 am
'DAP patut minta maaf, jangan salahkan rakyat tuntut janji' - MCA
July 29, 2025, 6:47 pm
BN–PH ‘dikunci’ hadapi PRN Sabah – Zahid
July 27, 2025, 1:20 pm
Himpunan 'Turun Anwar' gagal, pembangkang main gimik politik lapuk - AMK Klang
July 18, 2025, 10:40 am
Amanah dalam kepimpinan bukan medan mencari pengaruh – Abdul Hadi
July 14, 2025, 12:29 pm