Berita Berita
Malaysia boleh contohi Jepun dalam kawalan banjir untuk tingkat pengeluaran padi – Mohamad Sabu

KUALA LUMPUR 5 JUN – Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Mohamad Sabu menyatakan bahawa Malaysia boleh mencontohi Jepun dalam membangunkan prasarana kawalan banjir sebagai langkah memperkukuh pengeluaran padi tempatan.
Menurut beliau, sistem kawalan banjir di Jepun yang terbukti efisien boleh disesuaikan dengan persekitaran Malaysia bagi menyokong sektor pertanian, khususnya penanaman padi yang kini hanya memenuhi sekitar 60 peratus keperluan negara.
“Saya percaya banyak perkara yang boleh kita pelajari dan sesuaikan dengan keadaan di Malaysia, antaranya sistem kawalan banjir mereka yang sangat efisien.
“Insya-Allah, teknologi seperti ini boleh kita manfaatkan dalam usaha memperkukuh pengeluaran padi tempatan,” katanya dalam kenyataan di Facebook hari ini.
Mohamad kini berada di Jepun dalam rangka lawatan kerja bagi memperluas kerjasama dua hala dalam sektor pertanian serta bertemu pemain industri pertanian negara itu.
Tambah beliau, pendekatan moden dan penggunaan teknologi tinggi dalam pertanian Jepun amat mengagumkan, termasuk mesin penanam padi tanpa pemandu berasaskan teknologi maklumat (IT).
“Ini contoh terbaik bagaimana pertanian boleh dipermodenkan bagi menangani isu kekurangan tenaga kerja dan perubahan iklim,” jelasnya.
Dalam lawatan ke kawasan penanaman padi di Echizen, Mohamad turut berkongsi pengalaman bertemu anak Malaysia yang sudah bekerja di syarikat pertanian di sana sejak tiga tahun lalu, membuktikan rakyat Malaysia juga mampu menguasai teknologi pertanian bertaraf antarabangsa.
“Lawatan ini memberi banyak input berguna khususnya dalam usaha kita meningkatkan pengeluaran padi negara dan memperkukuh keselamatan makanan,” katanya.
Selain melawat kawasan pertanian, beliau turut mengadakan pertemuan rasmi dengan Menteri Pertanian, Perhutanan dan Perikanan Jepun, Koizumi Shinjiro di Tokyo bagi memperkukuh kerjasama dua hala dalam bidang berkenaan. – Media Telus
Berita berkaitan
June 6, 2025, 9:02 pm
Budak 2 tahun cedera mata tercucuk pensel ketika ibu memasak
June 6, 2025, 8:16 pm
Pelancong wanita cedera dihempap dahan pokok di Bukit Bendera
June 6, 2025, 7:26 pm
Budak maut jatuh dari tingkat 30, polis tahan ibu kandung, bapa saudara
June 6, 2025, 6:48 pm
Jaga-jaga, hujan lebat, ribut petir diramal landa kebanyakan negeri malam raya
June 6, 2025, 6:21 pm
SIS cabar fatwa: JAIS seru masjid, surau adakan solat hajat
June 6, 2025, 5:22 pm
Lebih 5,000 kakitangan Petronas terjejas adalah berstatus kontrak – Anwar
June 6, 2025, 4:25 pm
Kabel rosak punca budak terkena renjatan elektrik di Dataran Drawbridge
June 6, 2025, 3:24 pm
Ibu, teman lelaki ditahan, disyaki abaikan dua anak perempuan di Puchong
June 6, 2025, 2:14 pm
Juruukur maut terjatuh dalam lubang dari tingkat 8 tapak pembinaan di Bukit Mertajam
June 6, 2025, 1:25 pm