Berita Berita
Jambatan runtuh sejak bulan lalu, penduduk terpaksa bina sendiri jambatan untuk ke sekolah di Gua Musang

GUA MUSANG 5 Jun – Seramai 57 penduduk Orang Asli di Pos Balar bergotong-royong membina semula jambatan sementara yang runtuh pada 18 Mei lalu, bagi memudahkan urusan harian mereka menyeberangi Sungai Balar, termasuk untuk ke sekolah.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Orang Asli (JPKKOA), Hanan Anjang berkata, pembinaan jambatan sementara itu yang merupakan kali ketiga dibuat di lokasi sama, mengambil masa hampir lapan jam untuk disiapkan semalam.
Menurut beliau, inisiatif tersebut dilaksanakan bagi memastikan penduduk, khususnya ibu bapa dan guru, dapat ke Sekolah Kebangsaan (SK) Balar yang dijadualkan kembali beroperasi minggu hadapan.
“Kami dimaklumkan pembinaan jambatan baharu akan dimulakan bulan ini. Namun, sementara menunggu jambatan kekal siap, penduduk tetap perlu menyeberangi sungai untuk ke sekolah,” katanya dalam laporan Berita Harian.
Tambah Hanan, pembinaan jambatan sementara itu turut dibantu seorang kontraktor tempatan yang membantu menarik batang-batang kayu yang ditebang untuk dijadikan struktur jambatan.
Pada Ahad lalu, Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) memaklumkan bahawa pembinaan jambatan baharu bernilai RM400,000 akan disegerakan bagi menggantikan jambatan asal yang runtuh akibat arus deras pada 9 Mac lalu.
Berita berkaitan
June 6, 2025, 9:02 pm
Budak 2 tahun cedera mata tercucuk pensel ketika ibu memasak
June 6, 2025, 8:16 pm
Pelancong wanita cedera dihempap dahan pokok di Bukit Bendera
June 6, 2025, 7:26 pm
Budak maut jatuh dari tingkat 30, polis tahan ibu kandung, bapa saudara
June 6, 2025, 6:48 pm
Jaga-jaga, hujan lebat, ribut petir diramal landa kebanyakan negeri malam raya
June 6, 2025, 6:21 pm
SIS cabar fatwa: JAIS seru masjid, surau adakan solat hajat
June 6, 2025, 5:22 pm
Lebih 5,000 kakitangan Petronas terjejas adalah berstatus kontrak – Anwar
June 6, 2025, 4:25 pm
Kabel rosak punca budak terkena renjatan elektrik di Dataran Drawbridge
June 6, 2025, 3:24 pm
Ibu, teman lelaki ditahan, disyaki abaikan dua anak perempuan di Puchong
June 6, 2025, 2:14 pm
Juruukur maut terjatuh dalam lubang dari tingkat 8 tapak pembinaan di Bukit Mertajam
June 6, 2025, 1:25 pm