TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Penyelenggaraan malam di Lebuhraya BESRAYA hingga 30 November

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 5 Jun – Besraya (M) Sdn Bhd memaklumkan kerja-kerja penyelenggaraan jalan secara berjadual sedang dijalankan di sepanjang Lebuhraya Sungai Besi (BESRAYA) bermula 3 Jun dan akan berlangsung sehingga 30 November 2025.

Menurut kenyataan syarikat konsesi tersebut, penutupan lorong akan dilaksanakan secara berperingkat di kedua-dua arah lebuh raya melibatkan beberapa jajaran iaitu:

  • KM0.1 hingga KM21.9

  • KMB0.0 hingga KMB0.8

  • KMS0.0 hingga KMS2.2

  • KMP0.0 hingga KMP3.3

Kerja-kerja penyelenggaraan melibatkan kerja turapan dan penandaan jalan itu akan dijalankan hanya pada waktu malam, iaitu dari jam 10 malam hingga 6 pagi setiap hari sepanjang tempoh berkenaan.

“BESRAYA juga akan memastikan maklumat trafik dan penutupan lorong dimaklumkan secara berterusan kepada pengguna melalui papan tanda elektronik di sepanjang lebuh raya,” jelas kenyataan itu.

Pengguna lebuh raya dinasihatkan supaya mematuhi arahan papan tanda dan mengambil langkah berjaga-jaga demi keselamatan.

Tambah kenyataan tersebut, kerja-kerja ini dilaksanakan dengan sokongan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) sebagai usaha berterusan meningkatkan tahap keselesaan dan keselamatan pengguna.

Pihak BESRAYA turut memohon maaf atas sebarang kesulitan yang dialami dan orang ramai yang mempunyai pertanyaan lanjut boleh menghubungi talian Besline di 1-800-88-0999. – Media Telus

+ - reset