Berita Berita
Remaja OKU hilang dalam hutan ketika cari lembu peliharaan, operasi SAR diteruskan

MELAKA 5 Jun – Seorang remaja lelaki OKU berusia 15 tahun dilaporkan hilang dalam kawasan hutan di Kampung Permatang Pasir, di sini, malam tadi ketika keluar mencari lembu peliharaannya.
Timbalan Penguasa Bomba II merangkap Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka, Mohd Hafidzatullah Rashid berkata, operasi mencari dan menyelamat (SAR) disambung pada jam 7 pagi ini.
Menurut beliau, pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada jam 11.54 malam, sebelum enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Padang Temu dikejarkan ke lokasi kejadian dan tiba enam minit kemudian.
“Remaja itu dilaporkan hilang selepas keluar mencari lembu sejak petang semalam. Operasi pencarian telah dijalankan di sekitar kawasan kandang lembu dengan bantuan anggota polis serta orang awam sehingga jam 1.35 pagi,” katanya.
Operasi SAR disambung hari ini dengan pasukan penyelamat menumpukan pencarian di kawasan berhampiran hutan dan laluan ternakan.
Berita berkaitan
June 6, 2025, 9:02 pm
Budak 2 tahun cedera mata tercucuk pensel ketika ibu memasak
June 6, 2025, 8:16 pm
Pelancong wanita cedera dihempap dahan pokok di Bukit Bendera
June 6, 2025, 7:26 pm
Budak maut jatuh dari tingkat 30, polis tahan ibu kandung, bapa saudara
June 6, 2025, 6:48 pm
Jaga-jaga, hujan lebat, ribut petir diramal landa kebanyakan negeri malam raya
June 6, 2025, 6:21 pm
SIS cabar fatwa: JAIS seru masjid, surau adakan solat hajat
June 6, 2025, 5:22 pm
Lebih 5,000 kakitangan Petronas terjejas adalah berstatus kontrak – Anwar
June 6, 2025, 4:25 pm
Kabel rosak punca budak terkena renjatan elektrik di Dataran Drawbridge
June 6, 2025, 3:24 pm
Ibu, teman lelaki ditahan, disyaki abaikan dua anak perempuan di Puchong
June 6, 2025, 2:14 pm
Juruukur maut terjatuh dalam lubang dari tingkat 8 tapak pembinaan di Bukit Mertajam
June 6, 2025, 1:25 pm