Berita Berita
Lapan penuntut UMT didakwa pukul rakan hingga parah dalam asrama, mengaku tidak bersalah

KUALA TERENGGANU 5 Jun – Lapan penuntut Universiti Malaysia Terengganu (UMT) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan mencederakan seorang rakan universiti mereka sehingga parah dalam kejadian tahun lalu.
Kesemua tertuduh lelaki yang berusia antara 21 hingga 23 tahun membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Iffah Nabihah Mohd Ishak.
Mengikut pertuduhan, mereka didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan parah ke atas mangsa berusia 21 tahun secara bersama-sama di sebuah kolej kediaman UMT di Kuala Nerus, antara jam 1.30 pagi hingga 5 pagi pada 15 Disember 2024.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan denda jika sabit kesalahan.
Sejurus pengakuan tidak bersalah direkodkan, mahkamah menetapkan 6 Julai depan sebagai tarikh sebutan semula kes dan membenarkan setiap tertuduh diikat jamin sebanyak RM5,000.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Azizan Abdullah, Nur Nabihah Hanin Ayim dan Nur Aisyah Mohamad, manakala tertuduh diwakili peguam daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).
Terdahulu, media melaporkan seramai 12 pelajar sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) ditahan polis kerana disyaki terlibat dalam kejadian memukul mangsa secara bergilir-gilir di kolej kediaman.
Berita berkaitan
June 6, 2025, 9:02 pm
Budak 2 tahun cedera mata tercucuk pensel ketika ibu memasak
June 6, 2025, 8:16 pm
Pelancong wanita cedera dihempap dahan pokok di Bukit Bendera
June 6, 2025, 7:26 pm
Budak maut jatuh dari tingkat 30, polis tahan ibu kandung, bapa saudara
June 6, 2025, 6:48 pm
Jaga-jaga, hujan lebat, ribut petir diramal landa kebanyakan negeri malam raya
June 6, 2025, 6:21 pm
SIS cabar fatwa: JAIS seru masjid, surau adakan solat hajat
June 6, 2025, 5:22 pm
Lebih 5,000 kakitangan Petronas terjejas adalah berstatus kontrak – Anwar
June 6, 2025, 4:25 pm
Kabel rosak punca budak terkena renjatan elektrik di Dataran Drawbridge
June 6, 2025, 3:24 pm
Ibu, teman lelaki ditahan, disyaki abaikan dua anak perempuan di Puchong
June 6, 2025, 2:14 pm
Juruukur maut terjatuh dalam lubang dari tingkat 8 tapak pembinaan di Bukit Mertajam
June 6, 2025, 1:25 pm