Berita Berita
Kenderaan Singapura tanpa VEP tidak akan dihalang masuk Malaysia, tetapi akan dikompaun – JPJ Johor

JOHOR BAHRU 5 Jun — Kenderaan berdaftar Singapura yang tidak mempunyai Permit Masuk Kenderaan (VEP) sah tidak akan diarahkan berpatah balik di pintu masuk darat Johor, sebagai usaha mengelakkan kesesakan lalu lintas yang tidak perlu, menurut Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Johor.
Pengarahnya, Azmil Zainal Adnan berkata, walaupun tiada VEP, pemilik kenderaan masih dibenarkan melalui Kompleks Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB), namun mereka akan dikenakan kompaun RM300 dan perlu menjelaskan bayaran sebelum meninggalkan negara.
“Kenderaan tanpa VEP tidak akan disekat atau diarahkan berpatah balik di mana-mana kompleks CIQ kerana tindakan itu boleh mengganggu aliran trafik secara serius,” katanya.
Tambahnya, JPJ akan menyediakan kaunter pembayaran kompaun di lokasi yang tidak menjejaskan aliran keluar dari BSI dan KSAB bagi membolehkan pelancong Singapura menyelesaikan bayaran denda sebelum pulang.
Langkah itu menurut beliau bertujuan mengimbangi antara penguatkuasaan undang-undang dan keperluan praktikal memandangkan ribuan kenderaan melintasi sempadan setiap hari.
Sementara itu, beliau menasihatkan pemilik kenderaan Singapura supaya mempercepatkan permohonan VEP masing-masing dan mengelakkan khidmat ejen tidak sah yang mengenakan bayaran tinggi.
VEP diwajibkan oleh undang-undang Malaysia sebagai langkah mengawal dan memantau kemasukan kenderaan asing, terutamanya dari Singapura.
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook, sebelum ini mengumumkan bahawa penguatkuasaan penuh ke atas keperluan VEP akan bermula pada 1 Julai, melibatkan semua kenderaan asing yang masuk ke Malaysia.
Menurut Loke, pemilik kenderaan yang gagal mendaftar atau mengaktifkan VEP mereka sebelum masuk ke Malaysia akan dikenakan kompaun dan tidak dibenarkan keluar dari negara ini sebelum menjelaskannya. – Media Telus
Berita berkaitan
June 6, 2025, 9:02 pm
Budak 2 tahun cedera mata tercucuk pensel ketika ibu memasak
June 6, 2025, 8:16 pm
Pelancong wanita cedera dihempap dahan pokok di Bukit Bendera
June 6, 2025, 7:26 pm
Budak maut jatuh dari tingkat 30, polis tahan ibu kandung, bapa saudara
June 6, 2025, 6:48 pm
Jaga-jaga, hujan lebat, ribut petir diramal landa kebanyakan negeri malam raya
June 6, 2025, 6:21 pm
SIS cabar fatwa: JAIS seru masjid, surau adakan solat hajat
June 6, 2025, 5:22 pm
Lebih 5,000 kakitangan Petronas terjejas adalah berstatus kontrak – Anwar
June 6, 2025, 4:25 pm
Kabel rosak punca budak terkena renjatan elektrik di Dataran Drawbridge
June 6, 2025, 3:24 pm
Ibu, teman lelaki ditahan, disyaki abaikan dua anak perempuan di Puchong
June 6, 2025, 2:14 pm
Juruukur maut terjatuh dalam lubang dari tingkat 8 tapak pembinaan di Bukit Mertajam
June 6, 2025, 1:25 pm