TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Makin 'maju, warga asing kini jadi ejen 'homestay'

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 5 Jun - Sewa inap desa milik orang tempatan sebelum disewakan semula kepada warga asing dengan bayaran RM80 hingga RM400 semalam mengikut luas bilik.

Itu modus operandi warga asing menjalankan aktiviti mengurus inap desa yang disewa daripada pemilik orang tempatan di mana pelanggan akan membuat pesanan secara dalam talian sejak setahun lalu.

Bagaimanapun kegiatan mereka terbongkar selepas Jabatan Imigresen Malaysia menjalankan Operasi Khas di satu lokasi sekitar Jalan Ipoh dan Jalan Sultan Ismail, di sini, kelmarin.

Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) Imigresen, Ismail Mokhtar berkata, operasi jam 2.57 petang membabitkan sepasukan pegawai pelbagai pangkat daripada Bahagian Perisikan dan Operasi Khas, Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya.

Berdasarkan maklumat awam dan risikan selama dua minggu, pasukan operasi diatur gerak ke lokasi dan menahan sembilan lelaki dan seorang wanita warga Bangladesh, seorang lelaki Indonesia, seorang wanita India dan seorang wanita Filipina.

"Semua warga asing yang ditahan dipercayai adalah 'ejen homestay' berusia antara 24-40 tahun dengan jumlah keseluruhan yang ditahan seramai 13 orang.

"Semakan awal mendapati, tiga lelaki Bangladesh, warga Indonesia, wanita warga Bangladesh dan wanita warga India memiliki Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) di bawah Sektor Pembinaan dan Sektor Pembersihan.

"Warga asing yang lain tidak memiliki sebarang dokumen perjalanan atau pas yang sah untuk berada di negara ini," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, pasukan operasi menyita salinan perjanjian sewa, empat naskhah pasport Bangladesh, satu naskhah pasport Indonesia, satu naskhah pasport India, 48 kad akses, satu unit komputer riba, tiga unit telefon bimbit, borang maklumat tetamu homestay, wang tunai berjumlah RM74,000 dan USD2,160.

"Seramai tiga lelaki dan wanita warga Bangladesh, lelaki Indonesia dan wanita India ditahan kerana disyaki melakukan kesalahan mengikut Peraturan 39b Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

Semua warga asing yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya untuk tindakan lanjut manakala enam warga tempatan dan satu lelaki warga Bangladesh diberikan notis untuk hadir ke pejabat bagi membantu siasatan.

+ - reset