TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Isytihar dompet, tali pinggang, rupanya cuba bawa masuk 86,086 vape, cecair bernilai lebih RM5.14 juta

By
|
Kongsi
image

BUTTERWORTH 5 Jun - Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Pulau Pinang merampas 86,086 unit peranti rokok elektronik (vape) dan 996.5 liter cecair bernilai lebih RM5.14 juta termasuk cukai dalam dua serbuan berasingan pada April lalu.

Pengarah JKDM negeri, Rohaizad Ali, berkata rampasan itu dibuat terhadap dua kontena dari China yang masuk ke Pelabuhan Kontena Butterworth Utara (NBCT) di sini pada 3 April jam 1.15 tengah hari dan Pelabuhan Klang, Selangor pada 10 April jam 11 pagi.

Pada lampiran borang pengisytiharan diikrarkan sebagai plastik dan barangan lain antaranya dompet serta tali pinggang.

"Namun pemeriksaan di pelabuhan NBCT menemui sejumlah 14,200 unit vape dan 210 liter cecair bernilai lebih RM1.5 juta termasuk cukai yang tidak diikrarkan semasa pengimportan bersama-sama dengan barangan lain.

"Perkara sama juga berlaku dalam pemeriksaan di Pelabuhan Klang apabila kita menemui sejumlah 71,886 unit vape dan 786.5 liter cecair bernilai lebih RM3.64 juta termasuk cukai yang membuat ikrar (dagangan) tidak betul," katanya hari ini.

Kastam menahan dua lelaki termasuk seorang warga China yang berperanan sebagai ejen dan pengeksport berusia lingkungan 30-an dalam serbuan pertama.

"Dalam serbuan kedua, Kastam menahan seorang lelaki berusia lingkungan 40-an yang mana dia adalah ejen pelabuhan.

"Ini adalah rampasan dan tangkapan pertama berkaitan kes vape untuk JKDM Pulau Pinang pada tahun ini," katanya.

+ - reset