Berita Jenayah
Pusat hiburan jadi lokasi transit GRO diserbu imigresen

KLANG 11 Jun – Taktik licik sebuah pusat hiburan yang dijadikan lokasi transit gadis pelayan pelanggan (GRO) terbongkar apabila premis itu diserbu Jabatan Imigresen Selangor dalam Ops Gegar di Bukit Tinggi, di sini, pada Rabu.
Dalam operasi sekitar jam 9.30 malam itu, beberapa wanita yang dipercayai GRO cuba mengaburi pihak berkuasa dengan menyamar sebagai pelanggan, namun siasatan awal mendapati mereka sebenarnya menawarkan perkhidmatan seks.
Pengarah Imigresen Selangor, Khairrul Aminus Kamaruddin berkata, seramai 11 wanita warga asing dan seorang lelaki ditahan dalam serbuan tersebut.
“Wanita yang ditahan berumur antara 21 hingga 35 tahun, terdiri daripada warga Thailand, Vietnam dan Kemboja. Turut ditahan, seorang lelaki warga Pakistan yang bekerja sebagai pekerja bar,” katanya.
Beliau berkata, hasil risikan mendapati premis tersebut dijadikan tempat berkumpul bagi GRO sebelum dibawa ke hotel sekitar Klang.
“Modus operandi mereka adalah dengan melakukan rundingan awal melalui aplikasi media sosial. Selepas persetujuan dicapai, GRO akan dibawa ke hotel untuk aktiviti tidak bermoral dengan bayaran RM150 hingga RM300 sejam,” jelasnya.
Operasi itu disertai 21 pegawai dan anggota imigresen berdasarkan maklumat awam dan risikan.
Antara kesalahan yang dikesan ialah di bawah Seksyen 6(1)(c), Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan 39(b) Peraturan-peraturan Imigresen 1963.
Kesemua individu yang ditahan dibawa ke Pejabat Imigresen Selangor untuk tindakan lanjut.
Menurut Khairrul Aminus, pihaknya akan terus memperhebat operasi seumpama itu bagi membanteras penyalahgunaan pas dan aktiviti tidak bermoral membabitkan warga asing. - Media Telus.
Berita berkaitan
July 1, 2025, 9:29 pm
Lelaki ditembak ketika tunggu anak depan sekolah di Butterworth
July 1, 2025, 5:46 pm
Penjual buah didakwa 'sentuh' adik ipar bawah umur ketika isteri sarat mengandung
July 1, 2025, 4:19 pm
Kejadian tembak di Meru berpunca perbalahan dua kumpulan kongsi gelap
July 1, 2025, 2:50 pm
Suspek bunuh pelajar swasta di Cyberjaya berniat tak baik
July 1, 2025, 12:50 pm
Dua individu sengaja dakwa disamun, rupanya curi duit syarikat
June 30, 2025, 1:40 pm
Guru didakwa miliki bahan lucah budak dalam telefon bimbit, komputer riba
June 30, 2025, 1:11 pm
Ibu sanggup biar anak dirogol demi penuhi kehendak teman lelaki warga emas
June 29, 2025, 7:01 pm