TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Jenayah

Hampir kemalangan, remaja 19 tahun ditahan tumbuk dada, kepala pengawal keselamatan di Pandan Jaya

By
|
Kongsi
image

AMPANG JAYA, 12 Jun – Seorang pelajar lelaki berusia 19 tahun ditahan polis selepas didakwa menumbuk seorang pengawal keselamatan dalam kejadian berhampiran Pandan Jaya, Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 11 malam ketika mangsa berusia 37 tahun sedang membuat pusingan U di bawah jambatan berhampiran kawasan itu.

“Tiba-tiba, motosikal jenis Yamaha LC yang ditunggang suspek muncul di laluan sama sehingga hampir menyebabkan kemalangan. Walaupun mangsa sempat mengelak, suspek bertindak agresif dengan memarahi, menolak, serta menumbuk mangsa di bahagian dada dan kepala,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambahnya, mangsa tidak melawan dan hanya mendiamkan diri sebelum orang awam campur tangan bagi meleraikan insiden itu.

Suspek berjaya ditahan sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (D7) Ampang Jaya pada jam 6.50 petang kelmarin.

Hasil saringan air kencing mendapati remaja itu bebas daripada pengaruh dadah dan tiada rekod jenayah lampau.

Suspek kini direman selama tiga hari sehingga esok dan kes disiasat di bawah Seksyen 323 dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan, iaitu kerana sengaja mendatangkan kecederaan dan melakukan ugutan jenayah.

Mohd Azam memaklumkan bahawa suspek dijangka akan didakwa di Mahkamah Ampang pada hari ini.

+ - reset