Berita Berita
Pengecualian levi di institusi pendidikan swasta mulai Januari 2026 - Anwar

KUALA LUMPUR 14 Jun – Institusi pendidikan swasta bakal menikmati pengecualian pembayaran levi selama setahun bermula 1 Januari 2026, umum Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menurut Anwar, langkah itu diambil bagi membolehkan institusi berkenaan menumpukan usaha untuk meningkatkan mutu perkhidmatan serta pendidikan yang ditawarkan.
“Pengecualian ini merangkumi semua peringkat institusi, termasuk prasekolah, sekolah rendah, sekolah menengah, pendidikan vokasional, institusi pendidikan tinggi serta institusi latihan,” katanya.
Beliau turut mengarahkan agar Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Sumber Manusia dan Kementerian Pendidikan memberikan perhatian terhadap pelaksanaan inisiatif itu.
“Saya minta kedua-dua Ketua Setiausaha tumpu dan pantau supaya institusi latihan ini memberikan yang sebaiknya. Pantau juga supaya syarikat swasta yang mencatat keuntungan yang tinggi beri pulangan sedikit kepada pekerja,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Minggu Latihan Kebangsaan (NTW 2025) yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, di sini hari ini. – Media Telus
Berita berkaitan
June 14, 2025, 6:31 pm
Penunggang basikal maut digilis treler selepas terjatuh akibat terlanggar lubang di Kulai
June 14, 2025, 3:31 pm
Akta Majlis Media Malaysia berkuat kuasa hari ini - Fahmi
June 14, 2025, 2:39 pm
HRD Corp pemacu utama transformasi modal insan dalam ekonomi abad ke-21 – Steven Sim
June 14, 2025, 1:54 pm
Pekerja kedai serbaneka berlumuran darah dipukul perompak di Melaka
June 14, 2025, 12:58 pm
Kesuma lancar 'AI for Educators', 400,000 guru akan dilatih guna AI
June 14, 2025, 12:31 pm
Mahkamah benar pemandu bas sebabkan kematian 15 pelajar UPSI bebas diikat jamin
June 14, 2025, 12:22 pm
Seorang maut, dua parah ditembak ketika makan di Bricklfields
June 13, 2025, 9:06 pm