Berita Berita
'Pernah jumpa beberapa kali, mangsa amang seksual adalah peminat artis terkenal itu' – Polis

SHAH ALAM 13 Jun - Remaja perempuan berusia 17 tahun yang menjadi mangsa dalam kes amang seksual melibatkan seorang pelakon dan penyanyi lelaki terkenal dipercayai merupakan peminat kepada selebriti berkenaan.
Perkara itu didedahkan Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, yang menjelaskan bahawa siasatan awal mendapati perkenalan antara remaja terbabit dan suspek bermula selepas mereka beberapa kali bertemu di pelbagai lokasi.
"Kita percaya remaja itu memang peminat (kepada selebriti berkenaan). Daripada perjumpaan di beberapa venue, (dipercayai) itu yang mereka boleh kenal," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, hari ini.
Mengulas lanjut, beliau berkata kertas siasatan berkaitan kes itu sudah dirujuk kepada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya dan pihaknya kini menunggu keputusan lanjut bagi tindakan seterusnya.
"Sudah rujuk (kertas siasatan kes itu) kepada Timbalan Pendakwa Raya... kita sedang menunggu keputusan (untuk tindakan lanjut)," katanya.
Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 (Akta 792).
Terdahulu, media melaporkan bahawa artis lelaki berkenaan telah ditahan pada 3 Jun lalu kerana disyaki melakukan amang seksual terhadap remaja tersebut di sebuah hotel di Selangor.
Difahamkan, suspek membawa remaja itu ke hotel selepas mereka berkenalan selama kira-kira dua bulan, dan mangsa yang masih bersekolah merupakan peminat kepada selebriti terbabit.
Suspek kemudiannya dibebaskan dengan jaminan polis selepas keterangannya direkodkan.
Berita berkaitan
June 14, 2025, 6:31 pm
Penunggang basikal maut digilis treler selepas terjatuh akibat terlanggar lubang di Kulai
June 14, 2025, 3:31 pm
Akta Majlis Media Malaysia berkuat kuasa hari ini - Fahmi
June 14, 2025, 2:39 pm
HRD Corp pemacu utama transformasi modal insan dalam ekonomi abad ke-21 – Steven Sim
June 14, 2025, 1:54 pm
Pekerja kedai serbaneka berlumuran darah dipukul perompak di Melaka
June 14, 2025, 12:58 pm
Kesuma lancar 'AI for Educators', 400,000 guru akan dilatih guna AI
June 14, 2025, 12:31 pm
Mahkamah benar pemandu bas sebabkan kematian 15 pelajar UPSI bebas diikat jamin
June 14, 2025, 12:22 pm
Seorang maut, dua parah ditembak ketika makan di Bricklfields
June 14, 2025, 12:06 pm
Pengecualian levi di institusi pendidikan swasta mulai Januari 2026 - Anwar
June 13, 2025, 9:06 pm