Berita Berita
Jumpa bilik rahsia kebal dalam rumah 'Tan Sri', SPRM sita barang mewah bernilai RM16 juta, termasuk jongkong emas dan alatan kasino

KUALA LUMPUR 13 Jun - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyita pelbagai barangan mewah dianggarkan bernilai RM16 juta, termasuk jongkong emas, berlian, jam tangan dan alatan kasino dalam siasatan kes penyelewengan dana sukuk berkaitan projek pembinaan lebuh raya.
Menurut kenyataan Bahagian Komunikasi Strategik SPRM hari ini, tindakan sitaan itu dilakukan hasil penggeledahan di kediaman seorang individu bergelar Tan Sri yang terletak di Bandar Tasik Selatan, Cheras, semalam.
Antara barangan mewah yang dirampas termasuk 84 beg tangan jenama mewah bernilai kira-kira RM3 juta, 11 utas jam tangan berjenama berjumlah RM1 juta, serta jongkong, syiling dan patung emas bernilai RM3 juta.
"Selain itu, berlian dan barangan kemas bernilai kira-kira RM4 juta dan satu set alatan kasino berjenama mewah yang dianggarkan bernilai RM150,000 turut disita," kata kenyataan itu.
Dalam operasi sama, SPRM juga menemukan sebuah bilik rahsia kebal di kediaman berkenaan yang menyimpan senjata dan peluru.
Bagaimanapun, tiada sitaan dilakukan bagi senjata terbabit kerana ia didaftarkan atas nama syarikat keselamatan milik individu berkenaan.
"SPRM mendapat maklumat terdapat bilik rahsia yang menyimpan barang berharga termasuk senjata yang berkaitan dengan siasatan penyelewengan dana sukuk pembinaan lebuh raya di kediaman individu ini.
"Kehadiran pasukan Anti Corruption Tactical Squad (ACTS) adalah bertujuan menjaga keselamatan dan mengiringi pegawai serta barang-barang yang disita bagi dibawa pulang ke Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya," katanya lagi.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki mengesahkan bahawa keseluruhan barangan yang disita dalam penggeledahan semalam dianggarkan berjumlah RM16 juta.
"Proses rakaman keterangan individu tersebut ditangguhkan pada satu tarikh lain disebabkan faktor kesihatan individu terbabit," katanya sambil menambah bahawa tidak menolak kemungkinan lebih banyak sitaan akan dilakukan selepas ini.
Berita berkaitan
June 14, 2025, 6:31 pm
Penunggang basikal maut digilis treler selepas terjatuh akibat terlanggar lubang di Kulai
June 14, 2025, 3:31 pm
Akta Majlis Media Malaysia berkuat kuasa hari ini - Fahmi
June 14, 2025, 2:39 pm
HRD Corp pemacu utama transformasi modal insan dalam ekonomi abad ke-21 – Steven Sim
June 14, 2025, 1:54 pm
Pekerja kedai serbaneka berlumuran darah dipukul perompak di Melaka
June 14, 2025, 12:58 pm
Kesuma lancar 'AI for Educators', 400,000 guru akan dilatih guna AI
June 14, 2025, 12:31 pm
Mahkamah benar pemandu bas sebabkan kematian 15 pelajar UPSI bebas diikat jamin
June 14, 2025, 12:22 pm
Seorang maut, dua parah ditembak ketika makan di Bricklfields
June 14, 2025, 12:06 pm
Pengecualian levi di institusi pendidikan swasta mulai Januari 2026 - Anwar
June 13, 2025, 9:06 pm