Berita Berita
Warga asing masuk Malaysia jadi 'tok guru' proses vape campur dadah

SHAH ALAM 13 Jun - Kegiatan sindiket memproses dan menjual vape berisi dadah terbongkar susulan dua serbuan berasingan di Klang dan Sungai Buloh pada Selasa lalu, dengan polis menahan 11 individu termasuk empat wanita warga asing berusia antara 21 hingga 38 tahun.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, dalam serbuan selama dua hari itu, polis merampas pelbagai jenis cecair dadah termasuk methamphetamine, amphetamine dan ketamin yang dianggarkan bernilai RM5.1 juta.
Beliau berkata, siasatan mendapati sindiket pemprosesan vape berkenaan telah beroperasi sejak enam bulan lalu, dan sebuah kilang yang disewa pada harga RM4,000 sebulan dijadikan lokasi memproses dadah tersebut.
“Lelaki warga asing yang kini diburu dipercayai menjadi dalang utama sindiket ini. Dia datang ke negara ini untuk menguruskan kilang, membekalkan bahan mentah cecair dadah dan melatih pengurus kilang tersebut serta menggaji 10 pekerja warga asing lain,” katanya dalam sidang media hari ini.
Tambah beliau, pengedaran dilakukan secara kurier kepada peniaga runcit tempatan dan juga dieksport ke negara jiran melalui jalan darat.
Hussein berkata, sindiket itu mampu menghasilkan sehingga 100,000 pod atau katrij vape berisi dadah setiap bulan.
“Antara rampasan yang dilakukan adalah 4,600 pod serta 158 tong plastik berisi cecair amphetamine dengan isipadu 864,600 mililiter (ml) dan ketamin sebanyak 650,000 ml yang dianggarkan bernilai RM4.9 juta,” katanya.
Menurut beliau, hasil serbuan berasingan di sebuah premis kedai vape di Klang pula menyaksikan penahanan seorang lelaki tempatan, dipercayai penjual utama vape dadah.
“Sebanyak 663 katrij mengandungi methamphetamine dianggarkan berjumlah 1,260 ml dirampas dengan nilai anggaran RM199,000. Vape berisi dadah itu dijual pada harga RM300 secara terbuka, tanpa sebarang kod atau kata laluan antara penjual dan pembeli.
“Kita percaya vape ini dijual kepada sesiapa sahaja termasuk pelajar, dan premis tersebut dipercayai menjual 40 hingga 60 katrij setiap hari sejak empat tahun lalu,” ujarnya.
Kesemua suspek kini direman selama tujuh hari dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya. - Media Telus
Berita berkaitan
June 14, 2025, 6:31 pm
Penunggang basikal maut digilis treler selepas terjatuh akibat terlanggar lubang di Kulai
June 14, 2025, 3:31 pm
Akta Majlis Media Malaysia berkuat kuasa hari ini - Fahmi
June 14, 2025, 2:39 pm
HRD Corp pemacu utama transformasi modal insan dalam ekonomi abad ke-21 – Steven Sim
June 14, 2025, 1:54 pm
Pekerja kedai serbaneka berlumuran darah dipukul perompak di Melaka
June 14, 2025, 12:58 pm
Kesuma lancar 'AI for Educators', 400,000 guru akan dilatih guna AI
June 14, 2025, 12:31 pm
Mahkamah benar pemandu bas sebabkan kematian 15 pelajar UPSI bebas diikat jamin
June 14, 2025, 12:22 pm
Seorang maut, dua parah ditembak ketika makan di Bricklfields
June 14, 2025, 12:06 pm
Pengecualian levi di institusi pendidikan swasta mulai Januari 2026 - Anwar
June 13, 2025, 9:06 pm