TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

​​​​​​​Akta Majlis Media Malaysia berkuat kuasa hari ini - Fahmi

By
|
Kongsi
image

 

KUALA LUMPUR, 14 Jun – Akta Majlis Media Malaysia secara rasmi mula berkuat kuasa hari ini, bertepatan dengan sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2025.

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, pelaksanaan akta ini merupakan satu langkah reformasi terbesar yang bertujuan membantu dan memperkukuh peranan pengamal media di negara ini.

"Akta Majlis Media Malaysia mula berkuat kuasa 14 Jun 2025 bersempena dengan Hari Wartawan Nasional.

"Kita pilih secara simbolik untuk mewartakan dan menguatkuasakan Akta Majlis Media Malaysia sempena HAWANA 2025.

"Kita percaya ini adalah antara reformasi yang paling besar dan kita harap paling bermakna buat rakan media.

"Dengan adanya Majlis Media Malaysia banyak daripada perkara yang mungkin selama ini ingin disuarakan oleh rakan media dan mereka mempunyai satu wacana yang bermakna," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Majlis Kemuncak HAWANA 2025 yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) hari ini.

+ - reset