Berita Berita
Pekerja kedai serbaneka berlumuran darah dipukul perompak di Melaka

MELAKA 14 Jun – Seorang pekerja kedai serbaneka parah di bahagian kepala selepas dipercayai dipukul dengan besi oleh individu disyaki merompak premis perniagaan berkenaan di Bukit Baru, awal pagi Sabtu.
Kejadian yang berlaku kira-kira jam 4 pagi itu dirakam dalam satu video berdurasi 17 saat yang kini tular di media sosial. Video berkenaan menunjukkan mangsa dalam keadaan menahan kesakitan dengan kesan darah kelihatan di lantai premis, selain barangan jualan bertaburan.
Turut kedengaran dalam video tersebut, suara seorang lelaki yang dipercayai perakam kejadian memaklumkan keadaan mangsa selepas dirompak.
"Ni kena rompak ni, ya ALLAH rehat-rehat berdarah kepala. Tolong-tolong kejadian berlaku sekarang," katanya.
Tinjauan di lokasi kejadian pada tengah hari mendapati premis berkenaan ditutup dan memaparkan notis memaklumkan kerja-kerja pembersihan sedang dijalankan.
Difahamkan, suspek bukan sahaja mencederakan pekerja terbabit, malah turut melarikan slot wang dari mesin juruwang di premis tersebut.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit ketika dihubungi mengesahkan pihaknya sedang menyemak laporan berkaitan kejadian tersebut.
Dalam perkembangan berkaitan, sebuah lagi kedai serbaneka di Taman Delima Raya turut dilaporkan dirompak pada pagi yang sama. - Media Telus
Berita berkaitan
June 15, 2025, 1:32 pm
Anwar tinjau sendiri perkembangan pembinaan kapal LCS di Lumut
June 15, 2025, 12:33 pm
Solat Duha selamatkan 55 pelajar dari kebakaran di asrama lelaki
June 15, 2025, 11:45 am
'Saya tak minat penjarakan orang, saya minat rampas wang untuk kembalikan kepada rakyat' - Anwar
June 14, 2025, 6:31 pm
Penunggang basikal maut digilis treler selepas terjatuh akibat terlanggar lubang di Kulai
June 14, 2025, 3:31 pm
Akta Majlis Media Malaysia berkuat kuasa hari ini - Fahmi
June 14, 2025, 2:39 pm
HRD Corp pemacu utama transformasi modal insan dalam ekonomi abad ke-21 – Steven Sim
June 14, 2025, 12:58 pm
Kesuma lancar 'AI for Educators', 400,000 guru akan dilatih guna AI
June 14, 2025, 12:31 pm