Berita Berita
Mahkamah benar pemandu bas sebabkan kematian 15 pelajar UPSI bebas diikat jamin

IPOH 14 Jun - Pemandu bas yang didakwa memandu secara berbahaya hingga menyebabkan kematian 15 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dalam kemalangan tragis di Gerik pada Isnin lalu, telah dibebaskan dengan jaminan mahkamah.
Pemangku Ketua Polis Daerah Gerik, Deputi Superintendan Muhammad Firdaus Abdullah mengesahkan bahawa tertuduh telah membayar wang jaminan sebanyak RM19,000 dengan dua penjamin, sejurus selepas prosiding pertuduhan di Mahkamah Majistret Gerik pada Jumaat.
“Pemandu telah pun membayar wang jaminan RM19,000 dengan dua penjamin. Petang semalam (Jumaat) sudah keluar (bebas),” katanya kepada Sinar Harian.
Menurut beliau, siasatan lanjut masih diteruskan dan setakat ini seramai 28 individu telah dipanggil untuk memberi keterangan berhubung insiden tersebut.
Terdahulu, tertuduh, Mohd Amirul Fadhil Zulkifli, 39, dari Pengkalan Nyireh, Terengganu, mengaku tidak bersalah terhadap 15 pertuduhan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara berbahaya sehingga menyebabkan kematian pelajar UPSI di Kilometer 53, Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Gerik–Jeli pada jam 1.15 pagi, 9 Jun lalu.
Dia turut menghadapi satu lagi pertuduhan mengikut Seksyen 42 akta sama kerana memandu secara berbahaya kepada orang awam, dan juga mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan itu.
Majistret Muhammad Firdaus Nor Azlan membenarkan jumlah jaminan keseluruhan sebanyak RM19,000 bagi semua pertuduhan dengan syarat tambahan tertuduh perlu melapor diri di balai polis pada minggu pertama setiap bulan. Selain itu, tertuduh juga dilarang mengganggu mangsa dan saksi serta semua lesen memandunya digantung sehingga mahkamah membuat keputusan.
Mahkamah menetapkan 14 Julai depan sebagai tarikh sebutan semula kes dan lantikan peguam.
Berita berkaitan
June 15, 2025, 11:45 am
'Saya tak minat penjarakan orang, saya minat rampas wang untuk kembalikan kepada rakyat' - Anwar
June 14, 2025, 6:31 pm
Penunggang basikal maut digilis treler selepas terjatuh akibat terlanggar lubang di Kulai
June 14, 2025, 3:31 pm
Akta Majlis Media Malaysia berkuat kuasa hari ini - Fahmi
June 14, 2025, 2:39 pm
HRD Corp pemacu utama transformasi modal insan dalam ekonomi abad ke-21 – Steven Sim
June 14, 2025, 1:54 pm
Pekerja kedai serbaneka berlumuran darah dipukul perompak di Melaka
June 14, 2025, 12:58 pm
Kesuma lancar 'AI for Educators', 400,000 guru akan dilatih guna AI
June 14, 2025, 12:22 pm
Seorang maut, dua parah ditembak ketika makan di Bricklfields
June 14, 2025, 12:06 pm