Berita Berita
Seorang maut, dua parah ditembak ketika makan di Bricklfields

KUALA LUMPUR 14 Jun - Seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera selepas ditembak ketika sedang makan di sebuah restoran di Jalan Tun Sambanthan, Brickfields di sini, malam tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 10.50 malam itu, tiga lelaki tempatan berusia lingkungan 30 hingga 50 tahun sedang menjamu selera bersama beberapa rakan sebelum didatangi dua suspek menaiki motosikal.
Menurut Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Ku Mashariman Ku Mahmood, kedua-dua suspek bertindak melepaskan beberapa das tembakan ke arah kumpulan berkenaan.
“Seorang daripada mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan dan mayatnya dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk bedah siasat.
“Dua lagi mangsa menerima rawatan di PPUM dengan seorang daripada mereka mengalami kecederaan serius, manakala seorang lagi cedera ringan,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, awal pagi tadi.
Ku Mashariman turut memaklumkan bahawa siasatan sedang giat dijalankan, termasuk pemeriksaan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) bagi mengenal pasti motif kejadian serta identiti suspek.
“Kita yakin dapat mengenal pasti suspek dalam masa terdekat. Orang ramai tidak perlu gusar dengan kejadian ini.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Mana-mana individu yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta menghubungi polis atau balai berdekatan bagi membantu siasatan,” katanya lagi.
Berita berkaitan
June 14, 2025, 6:31 pm
Penunggang basikal maut digilis treler selepas terjatuh akibat terlanggar lubang di Kulai
June 14, 2025, 3:31 pm
Akta Majlis Media Malaysia berkuat kuasa hari ini - Fahmi
June 14, 2025, 2:39 pm
HRD Corp pemacu utama transformasi modal insan dalam ekonomi abad ke-21 – Steven Sim
June 14, 2025, 1:54 pm
Pekerja kedai serbaneka berlumuran darah dipukul perompak di Melaka
June 14, 2025, 12:58 pm
Kesuma lancar 'AI for Educators', 400,000 guru akan dilatih guna AI
June 14, 2025, 12:31 pm
Mahkamah benar pemandu bas sebabkan kematian 15 pelajar UPSI bebas diikat jamin
June 14, 2025, 12:06 pm
Pengecualian levi di institusi pendidikan swasta mulai Januari 2026 - Anwar
June 13, 2025, 9:06 pm