Berita Berita
HRD Corp pemacu utama transformasi modal insan dalam ekonomi abad ke-21 – Steven Sim

Oleh NUR LELA ZULKIPLI
KUALA LUMPUR 14 Jun - Malaysia tidak lagi boleh bergantung kepada model ekonomi lama berasaskan kos rendah dan tenaga buruh berkemahiran rendah jika mahu keluar daripada perangkap pendapatan pertengahan.
Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong berkata peralihan ke arah ekonomi abad ke-21 yang menumpukan kepada sektor digital, hijau dan berteknologi tinggi memerlukan pelaburan besar dalam pembangunan modal insan iaitu satu agenda penting yang kini digerakkan oleh Human Resource Development Corporation (HRD Corp).
“HRD Corp memainkan peranan utama dalam menyelaras latihan dan kemahiran berimpak tinggi supaya rakyat Malaysia dapat menyesuaikan diri dengan keperluan pasaran kerja masa kini, khususnya dalam industri berasaskan teknologi dan inovasi,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Minggu Latihan Kebangsaan (NTW 2025) di Stadium Nasional Bukit Jalil, di sini hari ini.
Turut hadir, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad, Ketua Setiausaha Kesemua, Datuk Azman Mohd Yusof, Ketua Setiausaha KPM, Datuk Ts. Dr. Aminuddin Hassim.
Steven berkata, Malaysia kini menyumbang kira-kira 13 peratus kepada pengeluaran semikonduktor global dan tujuh peratus kepada dagangan dunia dalam sektor itu, justeru keperluan tenaga kerja berkemahiran tinggi semakin mendesak.
“Sektor seperti semikonduktor dan digitalisasi memerlukan bakat muda yang bukan sahaja berkemahiran teknikal, tetapi juga mampu beradaptasi dengan pantas terhadap perubahan teknologi,” katanya.
Tambah beliau, negara tidak boleh lagi sekadar menjadi "pusat kos murah" untuk syarikat-syarikat besar dunia dengan menawarkan tenaga buruh dan utiliti murah.
“Model lama ini mungkin membantu negara keluar dari kemiskinan, tetapi ia tidak lagi mampan. Jika diteruskan, kita akan terus ditekan oleh kuasa-kuasa besar global yang mahu terus memotong kos,” ujarnya.
Sehubungan itu, HRD Corp diberi tanggungjawab sebagai pemacu utama pelaksanaan latihan semula (reskilling) dan peningkatan kemahiran (upskilling) secara besar-besaran melalui pelbagai inisiatif nasional seperti Minggu Latihan Kebangsaan (NTW) yang kini memasuki tahun ketiga.
“NTW adalah antara inisiatif terbesar yang digerakkan oleh HRD Corp. Tahun ini saja, lebih dua juta rakyat menyertai 71,000 kursus latihan percuma yang disediakan di seluruh negara,” katanya.
Steven turut menekankan bahawa keupayaan Malaysia dalam bidang strategik terbukti apabila rakyatnya berjaya menyerlah di peringkat antarabangsa, bukan sahaja dalam aspek teknikal tetapi juga dalam kebudayaan dan bahasa.
Beliau turut memetik contoh rakyat tempatan yang boleh menyanyikan lagu dalam pelbagai bahasa termasuk Mandarin, Arab dan lagu ASEAN semasa acara antarabangsa, sebagai lambang kepelbagaian dan potensi besar bakat tempatan.
“Namun cabarannya kini adalah memastikan bakat-bakat ini dapat memenuhi keperluan ekonomi abad ke-21. Di sinilah HRD Corp berperanan penting untuk memastikan latihan yang diberikan adalah relevan dan berpandangan ke hadapan,” katanya.
Langkah ini, menurut beliau, seiring dengan pelancaran Rangka Ekonomi MADANI oleh Perdana Menteri untuk mengubah struktur ekonomi negara ke arah yang lebih progresif dan berdaya tahan.
“Rangka ini bukan sahaja membawa reformasi ekonomi, tetapi juga menjadikan modal insan sebagai tunjang kemajuan Malaysia ke arah negara maju,” katanya. - Media Telus
Berita berkaitan
June 15, 2025, 12:33 pm
Solat Duha selamatkan 55 pelajar dari kebakaran di asrama lelaki
June 15, 2025, 11:45 am
'Saya tak minat penjarakan orang, saya minat rampas wang untuk kembalikan kepada rakyat' - Anwar
June 14, 2025, 6:31 pm
Penunggang basikal maut digilis treler selepas terjatuh akibat terlanggar lubang di Kulai
June 14, 2025, 3:31 pm
Akta Majlis Media Malaysia berkuat kuasa hari ini - Fahmi
June 14, 2025, 1:54 pm
Pekerja kedai serbaneka berlumuran darah dipukul perompak di Melaka
June 14, 2025, 12:58 pm
Kesuma lancar 'AI for Educators', 400,000 guru akan dilatih guna AI
June 14, 2025, 12:31 pm
Mahkamah benar pemandu bas sebabkan kematian 15 pelajar UPSI bebas diikat jamin
June 14, 2025, 12:22 pm