Berita Berita
Kesuma lancar 'AI for Educators', 400,000 guru akan dilatih guna AI

KUALA LUMPUR 14 Jun - Kementerian Sumber Manusia (Kesuma) akan melaksanakan program latihan berskala besar bertajuk ‘AI For Educators’, bagi melatih hampir 400,000 guru di seluruh negara agar lebih bersedia menghadapi cabaran era teknologi kecerdasan buatan (AI).
Menterinya, Steven Sim Chee Keong berkata, program itu dilaksanakan melalui kerjasama bersama Kementerian Pendidikan (KPM), dengan matlamat membekalkan para pendidik dengan pengetahuan, kemahiran, dan etika berkaitan penggunaan AI dalam proses pembelajaran.
“Ini mencerminkan bukan sahaja komitmen Kesuma, malah komitmen Kerajaan Madani untuk memastikan guru kita sebagai barisan hadapan dapat dibekalkan dengan kemahiran yang tercanggih bagi melahirkan rakyat Malaysia yang mampu berdepan dengan cabaran ekonomi abad ke-21,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap sempena pelancaran Minggu Latihan Kebangsaan (NTW 2025) di Stadium Nasional Bukit Jalil, hari ini.
Menurut Steven, NTW 2025 kali ini dianjurkan secara lebih besar dan menyeluruh, dengan lebih dua juta penyertaan direkodkan untuk mengikuti 71,000 kursus latihan percuma yang ditawarkan di seluruh negara.
“NTW telah diadakan buat tahun yang ketiga pada tahun ini dengan skala yang lebih besar dan lebih hebat lagi. Tahun lepas, kita telah mencapai penyertaan lebih kurang 300,000 rakyat Malaysia dalam tempoh masa seminggu yang telah menyertai pelbagai kursus latihan kemahiran,” jelasnya.
Katanya, lebih 40 peratus daripada keseluruhan kursus yang ditawarkan dalam NTW 2025 adalah berkaitan dengan bidang Industri 4.0, selari dengan permintaan semasa dunia pekerjaan.
Beliau turut menyeru penyertaan rakyat Malaysia dan negara-negara jiran ASEAN, memandangkan NTW 2025 kali ini turut dibuka kepada warga rantau berkenaan.
“Justeru, saya menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia dan juga rakan-rakan kita dari seluruh Asia kerana tahun ini Minggu Latihan Kebangsaan (NTW 2025) ini bukan sahaja menawarkan 21,000 kursus percuma kepada rakyat Malaysia malah kita buka kepada seluruh warga ASEAN di negara-negara tetangga kita sebagai komitmen Malaysia untuk membangunkan modal insan di rantau ini dan juga sebagai tekad kita sebagai pengurusi ASEAN pada tahun ini,” katanya.
Turut hadir dalam acara itu ialah Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad; Ketua Setiausaha Kesuma, Datuk Azman Mohd Yusof dan Ketua Setiausaha KPM, Datuk Ts. Dr. Aminuddin Hassim. – Media Telus
Berita berkaitan
June 15, 2025, 11:45 am
'Saya tak minat penjarakan orang, saya minat rampas wang untuk kembalikan kepada rakyat' - Anwar
June 14, 2025, 6:31 pm
Penunggang basikal maut digilis treler selepas terjatuh akibat terlanggar lubang di Kulai
June 14, 2025, 3:31 pm
Akta Majlis Media Malaysia berkuat kuasa hari ini - Fahmi
June 14, 2025, 2:39 pm
HRD Corp pemacu utama transformasi modal insan dalam ekonomi abad ke-21 – Steven Sim
June 14, 2025, 1:54 pm
Pekerja kedai serbaneka berlumuran darah dipukul perompak di Melaka
June 14, 2025, 12:31 pm
Mahkamah benar pemandu bas sebabkan kematian 15 pelajar UPSI bebas diikat jamin
June 14, 2025, 12:22 pm
Seorang maut, dua parah ditembak ketika makan di Bricklfields
June 14, 2025, 12:06 pm