TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

​​​​​​​Nahas bas UPSI: Tiada bukti brek atau tayar rosak, mungkin kesilapan manusia, keadaan jalan - Anthony Loke

By
|
Kongsi
image

 

KUALA LUMPUR, 14 Jun – Laporan awal siasatan mengenai kemalangan tragik melibatkan sebuah bas yang meragut nyawa 15 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Gerik, Perak mendapati tiada bukti menunjukkan kegagalan sistem mekanikal seperti brek atau tayar sebagai punca utama nahas.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, laporan awal yang disediakan oleh Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) menunjukkan bahawa semua komponen penting sistem brek bas berada dalam keadaan baik.

“Berdasarkan laporan awal teknikal yang disediakan oleh Puspakom, keadaan fizikal sistem brek bas, termasuk semua brake lining dan brake drum bagi setiap gandar, didapati masih berada dalam keadaan memuaskan.

“Tiada sebarang ketidakseragaman pada brake drum mahupun kenipisan pada brake lining. Tiada petunjuk kegagalan mekanikal pada aspek-aspek ini yang boleh dikaitkan secara langsung sebagai punca kemalangan,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Menurut Loke, penemuan itu menguatkan kemungkinan bahawa nahas berpunca daripada faktor lain seperti kesilapan manusia atau keadaan jalan.

+ - reset