Berita Berita
PUNB lonjak potensi usahawan bumiputera, 3 pemenang dinobat dalam PUNB x HRD Corp Biz Challenge 2025

KUALA LUMPUR, 16 Jun 2025 – Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) terus mengukuhkan peranannya dalam membangunkan usahawan Bumiputera apabila berjaya menganjurkan program PUNB x HRD Corp Biz Challenge 2025, yang menyaksikan tiga usahawan cemerlang dinobatkan sebagai pemenang utama.
Program yang berlangsung bersempena Minggu Latihan Kebangsaan (NTW) di Stadium Bukit Jalil itu dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan disertai lebih 50 peserta yang menampilkan idea perniagaan berpotensi tinggi.
Menurut Pengerusi PUNB, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani, program ini merupakan satu komitmen strategik PUNB dalam memperkukuh ekosistem keusahawanan negara.
“PUNB x HRD Corp Biz Challenge 2025 sangat penting sebagai komitmen berterusan PUNB terhadap pembangunan modal insan dan keusahawanan di Malaysia, menonjolkan potensi luar biasa usahawan yang menjadi pemacu ekonomi negara,” katanya.
Juara program, Muhammad Salehan Alhafiz Mat Wajar, 30, dari syarikat Sahaf Paradigm Enterprise, memikat juri menerusi jenama Suit Millenia Collection yang menyediakan pakaian sut bersaiz besar dan memberdaya ibu tunggal sebagai tenaga kerja utama.
Naib juara pula dimenangi oleh Nur Shawani Che Mansur, 35, dari Wismymadani Resources, pengusaha agro-pelancongan Madani Agrofarm yang mengetengahkan dusun durian premium, chalet moden dan produk sos rojak tempatan tanpa bahan pengawet.
Tempat ketiga dimenangi Shajaratul Dur Ismail, 46, dari SHJ Premium Sdn Bhd, yang mengetengahkan produk hadiah korporat dan premium tempahan khas di bawah jenama Shajaratul, dengan pelanggan terdiri daripada kerabat diraja dan tokoh kenamaan.
Ketiga-tiga pemenang akan dibimbing oleh mentor industri terkemuka bagi memastikan pembangunan perniagaan mereka kekal berdaya saing dan mampan.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif PUNB, Izwan Zainuddin, menegaskan bahawa PUNB sejak 1991 kekal komited memperkasa keusahawanan Bumiputera menerusi pendekatan menyeluruh meliputi pembiayaan, latihan dan rangkaian sokongan.
“Objektif PUNB adalah untuk memperkasa penyertaan Bumiputera dalam bidang keusahawanan melalui pendekatan menyeluruh yang merangkumi pembiayaan, pembangunan kapasiti dan rangkaian sokongan,”katanya.
“Kerjasama bersama HRD Corp ini mencerminkan komitmen kami dalam mempertingkat kemahiran dan kebolehan usahawan khususnya dalam era AI dan pendigitalan,” tambah beliau.
Program berkenaan menerima 51 penyertaan, dengan 12 rancangan perniagaan terbaik dipilih untuk sesi akhir ‘pitching’.
Berita berkaitan
June 16, 2025, 8:05 pm
Latihan jangka pendek mampu lahirkan tenaga kerja berkualiti – Steven Sim
June 16, 2025, 6:17 pm
Jaga integriti, penjawat awam dilarang main TikTok, FB ketika bertugas
June 16, 2025, 5:15 pm
Lebih 750,000 pekerja logistik tonggak kelangsungan rantaian bekalan - Steven Sim
June 16, 2025, 4:55 pm
150,557 lepasan SPM 2024 diterima masuk IPTA - KPT
June 16, 2025, 4:33 pm
Lebih 10 mayat termasuk bayi ditemui di Sungai Klang
June 16, 2025, 4:08 pm
Ganja dibungkus seperti belacan, coklat dan keropok lekor dirampas di sempadan
June 16, 2025, 3:50 pm
Ahli Parlimen dakwa rakyat bakal derita ‘penyakit ekonomi tiga serangkai’
June 16, 2025, 3:44 pm
Murid perempuan dakwa dibuli hingga alami pendarahan, dirawat di hospital
June 16, 2025, 3:29 pm