Berita Berita
Ganja dibungkus seperti belacan, coklat dan keropok lekor dirampas di sempadan

KANGAR 16 Jun – Polis Perlis berjaya membongkar satu sindiket penyeludupan dadah merentasi sempadan Malaysia-Thailand apabila merampas pelbagai jenis ganja bernilai lebih RM9,000 yang dibungkus menyerupai belacan, bar coklat dan keropok lekor mentah.
Rampasan itu dilakukan dalam satu serbuan di kawasan Padang Besar pada Rabu lalu hasil risikan dan maklumat awam.
Ketua Polis Perlis, Datuk Muhammad Abdul Halim, berkata dalam operasi itu, seorang lelaki warga Thailand berusia 21 tahun turut ditahan ketika cuba menyeludup ganja menggunakan perkhidmatan kereta api elektrik (ETS) untuk dibawa ke selatan Semenanjung Malaysia.
Menurut beliau, tangkapan dilakukan di Stesen Kereta Api Bukit Keteri selepas pasukan dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perlis mengesan kehadiran suspek hasil maklumat yang diterima.
"Anggota kita telah membuat pemantauan dan berjaya menahan lelaki berkenaan bersama sejumlah ganja yang dibungkus dalam bentuk tidak mencurigakan seperti makanan tradisional," katanya dalam satu kenyataan.
Pihak polis kini sedang menyiasat kemungkinan kewujudan rangkaian sindiket lebih besar yang menggunakan modus operandi serupa untuk mengelirukan pihak berkuasa dan menyeludup dadah melalui sistem pengangkutan awam.
Kes disiasat di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952 dan suspek kini ditahan reman untuk membantu siasatan. – Media Telus
Berita berkaitan
June 16, 2025, 11:48 pm
SPRM tahan pengarah kewangan PBT lantik isteri urus pelaburan guna dana awam RM50 juta
June 16, 2025, 11:25 pm
Enggan lagi bela, lelaki heret anjing peliharaan dengan motosikal hingga cedera di Sungai Petani
June 16, 2025, 10:41 pm
Rafizi luah perasaan pertama kali jadi menteri, perlu tahu banyak benda
June 16, 2025, 8:05 pm
Latihan jangka pendek mampu lahirkan tenaga kerja berkualiti – Steven Sim
June 16, 2025, 6:17 pm
Jaga integriti, penjawat awam dilarang main TikTok, FB ketika bertugas
June 16, 2025, 5:15 pm
Lebih 750,000 pekerja logistik tonggak kelangsungan rantaian bekalan - Steven Sim
June 16, 2025, 4:55 pm
150,557 lepasan SPM 2024 diterima masuk IPTA - KPT
June 16, 2025, 4:33 pm
Lebih 10 mayat termasuk bayi ditemui di Sungai Klang
June 16, 2025, 3:50 pm