Berita Berita
Wanita maut tercampak keluar kereta selepas langgar van sekolah

JOHOR BAHRU 16 Jun – Seorang wanita maut selepas tercampak keluar dari kereta yang dipandunya dalam kemalangan melibatkan sebuah van sekolah di Kilometer 4, Jalan Skudai, Pantai Lido, pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, kejadian berlaku pada jam 6.54 pagi membabitkan kereta jenis Perodua Bezza dan sebuah van sekolah yang tidak membawa penumpang.
“Siasatan mendapati kemalangan melibatkan seorang wanita yang memandu Perodua Bezza dan van sekolah yang dipandu lelaki tempatan berusia 60 tahun.
“Wanita itu dipercayai gagal mengawal kenderaan sebelum melanggar bahagian belakang kanan van sekolah, menyebabkan keretanya berpusing dan terbabas ke bahu kiri jalan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Akibat pelanggaran itu, mangsa mengalami kecederaan parah di kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
Sementara itu, pemandu van sekolah dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan.
Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu memandu secara berbahaya sehingga menyebabkan kematian.
Orang awam yang menyaksikan kejadian diminta tampil ke Balai Polis Trafik Johor Bahru Selatan atau menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Mohd Zulpakha Bambo di talian 014-8861791 bagi membantu siasatan. – Media Telus
Berita berkaitan
June 16, 2025, 11:48 pm
SPRM tahan pengarah kewangan PBT lantik isteri urus pelaburan guna dana awam RM50 juta
June 16, 2025, 11:25 pm
Enggan lagi bela, lelaki heret anjing peliharaan dengan motosikal hingga cedera di Sungai Petani
June 16, 2025, 10:41 pm
Rafizi luah perasaan pertama kali jadi menteri, perlu tahu banyak benda
June 16, 2025, 8:05 pm
Latihan jangka pendek mampu lahirkan tenaga kerja berkualiti – Steven Sim
June 16, 2025, 6:17 pm
Jaga integriti, penjawat awam dilarang main TikTok, FB ketika bertugas
June 16, 2025, 5:15 pm
Lebih 750,000 pekerja logistik tonggak kelangsungan rantaian bekalan - Steven Sim
June 16, 2025, 4:55 pm
150,557 lepasan SPM 2024 diterima masuk IPTA - KPT
June 16, 2025, 4:33 pm
Lebih 10 mayat termasuk bayi ditemui di Sungai Klang
June 16, 2025, 4:08 pm
Ganja dibungkus seperti belacan, coklat dan keropok lekor dirampas di sempadan
June 16, 2025, 3:50 pm