Berita Berita
Murid perempuan dakwa dibuli hingga alami pendarahan, dirawat di hospital

KUALA TERENGGANU 16 Jun – Seorang murid perempuan tahun enam dari sebuah sekolah rendah terkenal di bandar raya ini mendakwa menjadi mangsa buli rakan lelaki sedarjahnya sehingga mengalami pendarahan dan terpaksa dimasukkan ke hospital bulan lalu.
Mangsa berusia 12 tahun itu mendakwa telah dibuli secara lisan sejak hampir setahun lalu dan mengalami kecederaan selepas ditendang pada bahagian perut dalam insiden yang berlaku pada 21 Mei 2025.
Jurucakap Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) memaklumkan bahawa tindakan telah diambil mengikut prosedur standard operasi (SOP) Buli dan Salah Laku yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan, termasuk penglibatan pegawai perhubungan sekolah daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM).
“Hasil siasatan awal mendapati kejadian berpunca daripada salah faham antara murid lelaki dan perempuan tersebut sehingga membawa kepada pergaduhan.
“JPNT komited untuk memastikan isu ini diselesaikan secara baik dan harmoni demi kesejahteraan murid, ibu bapa dan semua pihak yang terlibat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Terdahulu, hantaran seorang bapa yang mendakwa anak perempuannya mengalami kecederaan akibat dipukul rakan sekelas lelaki sehingga terpaksa dirawat di hospital telah tular di media sosial. – Media Telus
Berita berkaitan
June 16, 2025, 11:48 pm
SPRM tahan pengarah kewangan PBT lantik isteri urus pelaburan guna dana awam RM50 juta
June 16, 2025, 11:25 pm
Enggan lagi bela, lelaki heret anjing peliharaan dengan motosikal hingga cedera di Sungai Petani
June 16, 2025, 10:41 pm
Rafizi luah perasaan pertama kali jadi menteri, perlu tahu banyak benda
June 16, 2025, 8:05 pm
Latihan jangka pendek mampu lahirkan tenaga kerja berkualiti – Steven Sim
June 16, 2025, 6:17 pm
Jaga integriti, penjawat awam dilarang main TikTok, FB ketika bertugas
June 16, 2025, 5:15 pm
Lebih 750,000 pekerja logistik tonggak kelangsungan rantaian bekalan - Steven Sim
June 16, 2025, 4:55 pm
150,557 lepasan SPM 2024 diterima masuk IPTA - KPT
June 16, 2025, 4:33 pm
Lebih 10 mayat termasuk bayi ditemui di Sungai Klang
June 16, 2025, 4:08 pm
Ganja dibungkus seperti belacan, coklat dan keropok lekor dirampas di sempadan
June 16, 2025, 3:50 pm