Berita Berita
Enggan lagi bela, lelaki heret anjing peliharaan dengan motosikal hingga cedera di Sungai Petani

SUNGAI PETANI, 16 Jun – Tindakan kejam seorang lelaki yang mengheret seekor anjing dengan motosikal di kawasan Bandar Puteri Jaya di sini telah mencetuskan kemarahan orang ramai dan tular di media sosial sejak semalam.
Insiden tersebut dirakam oleh seorang wanita yang berada di lokasi kejadian dan dimuat naik ke media sosial, memperlihatkan seekor anjing ditarik menggunakan tali sambil lelaki itu menunggang motosikal.
Perbuatan tersebut menyebabkan haiwan berkenaan mengalami kecederaan, sekali gus mengundang kecaman netizen yang menyifatkan ia sebagai tidak berperikemanusiaan.
Difahamkan, seorang pengguna jalan raya bertindak menghentikan lelaki berkenaan bagi mengelakkan kejadian lebih buruk.
Maklumat awal mendapati suspek dipercayai pemilik anjing itu sendiri, dan dikatakan bertindak sedemikian kerana tidak mahu lagi memelihara haiwan yang telah dibela selama empat bulan.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan polis berkaitan insiden tersebut.
“Siasatan awal mendapati anjing tersebut mengalami kecederaan dan telah dihantar ke klinik haiwan untuk rawatan lanjut,” katanya.
Menurut beliau, kes berkenaan akan dirujuk kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) untuk tindakan lanjut mengikut bidang kuasa mereka.
“Suspek sedang dikesan bagi membantu siasatan. Kes disiasat di bawah Seksyen 428 Kanun Keseksaankerana melakukan khianat terhadap haiwan,” jelasnya.
Jika sabit kesalahan, individu yang disabitkan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda, atau kedua-duanya sekali.
Berita berkaitan
June 17, 2025, 7:47 am
Dua lelaki maut ditembak depan kompleks beli-belah di Cheras
June 16, 2025, 11:48 pm
SPRM tahan pengarah kewangan PBT lantik isteri urus pelaburan guna dana awam RM50 juta
June 16, 2025, 10:41 pm
Rafizi luah perasaan pertama kali jadi menteri, perlu tahu banyak benda
June 16, 2025, 8:05 pm
Latihan jangka pendek mampu lahirkan tenaga kerja berkualiti – Steven Sim
June 16, 2025, 6:17 pm
Jaga integriti, penjawat awam dilarang main TikTok, FB ketika bertugas
June 16, 2025, 5:15 pm
Lebih 750,000 pekerja logistik tonggak kelangsungan rantaian bekalan - Steven Sim
June 16, 2025, 4:55 pm
150,557 lepasan SPM 2024 diterima masuk IPTA - KPT
June 16, 2025, 4:33 pm
Lebih 10 mayat termasuk bayi ditemui di Sungai Klang
June 16, 2025, 4:08 pm