Berita Berita
Dua lelaki maut ditembak depan kompleks beli-belah di Cheras

KUALA LUMPUR, 17 Jun – Dua lelaki maut selepas ditembak sekumpulan suspek bersenjata di hadapan lobi sebuah kompleks beli-belah di Jalan Loke Yew, Cheras, dalam kejadian mengejutkan sekitar jam 12.15 tengah malam tadi.
Ketika kejadian, kedua-dua mangsa dipercayai sedang menuju ke arah kenderaan mereka yang diletakkan di kawasan parkir pusat beli-belah berkenaan. Tiba-tiba, sekumpulan lelaki bertopi keledar berlari ke arah mereka dan melepaskan beberapa das tembakan dari jarak dekat.
“Suspek kemudian melepaskan tembakan bertubi-tubi ke arah mangsa sehingga mereka terbaring berlumuran darah,” kata seorang saksi kepada Berita Harian.
Kumpulan penyerang itu kemudiannya melarikan diri menaiki sebuah kereta jenis Perodua Alza yang menunggu berhampiran lokasi kejadian.
Kedua-dua mangsa yang mengalami kecederaan parah di bahagian badan dan kepala disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
Tinjauan di lokasi mendapati mayat kedua-dua mangsa terbaring dalam jarak kira-kira lima meter dari kenderaan mereka.
Sepasukan pegawai dan anggota daripada Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kontinjen Kuala Lumpur bersama Unit Forensik Polis dan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras telah berada di lokasi bagi menjalankan siasatan menyeluruh.
Difahamkan, kedua-dua mangsa berusia dalam lingkungan 40-an dan berasal dari Sibu, Sarawak.
Polis kini sedang mengumpul maklumat daripada saksi dan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di sekitar kawasan kejadian bagi mengenal pasti identiti dan pergerakan suspek.
Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan satu kenyataan rasmi daripada pihak polis dijangka dikeluarkan dalam masa terdekat.
Berita berkaitan
June 17, 2025, 3:59 pm
Jumlah hari sekolah kekal tiap tahun, NUTP nafi guru tak sempat tamat silibus
June 17, 2025, 3:44 pm
Maszlee dakwa jemputan ucaptama di IPTA dibatalkan kerana tiada tauliah agama
June 17, 2025, 3:43 pm
'Bukan mudah tinggalkan NRES' - Nik Nazmi kekal letak jawatan
June 17, 2025, 3:07 pm
Penyanyi Sheqal meninggal dunia
June 17, 2025, 2:37 pm
Akta 652 bakal digubal, TVET diangkat setaraf PHD - Steven
June 17, 2025, 11:38 am
'Tiada keperluan rombak Kementerian Ekonomi, selamat maju jaya Rafizi' - Anwar
June 17, 2025, 11:02 am