Berita Berita
Selamba ceroboh rumah pemilik, polis tahan ejen tarik kereta di Sungai Petani

SUNGAI PETANI, 17 Jun – Seorang ejen penarik kereta ditahan polis selepas disyaki menceroboh sebuah rumah di Aman Jaya, dekat sini, untuk menarik kenderaan milik seorang pemilik yang gagal menjelaskan bayaran ansuran selama lapan bulan.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan, berkata suspek berusia 24 tahun itu ditahan kira-kira jam 10.30 malam kelmarin di tepi Jalan Jati.
Menurutnya, kejadian terbongkar selepas pemilik kereta berusia 38 tahun mendapati pagar rumahnya yang berkunci telah dibuka, ketika pulang ke rumah pada jam 7 malam, Sabtu lalu (14 Jun).
“Pengadu mendapati keretanya, jenis Perodua Alza, telah ditarik oleh pihak bank dan mengesyaki ejen tarik kereta telah menceroboh masuk ke kawasan rumah tanpa pengetahuannya.
“Dia juga mendakwa kenderaan itu ditarik sebelum jam 9 pagi, sedangkan prosedur penarikan hanya boleh dilakukan selepas waktu tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Susulan kejadian itu, pengadu membuat laporan polis kerana tidak berpuas hati dengan tindakan ejen berkenaan.
Siasatan awal mendapati suspek mengaku telah masuk ke dalam kawasan rumah dan menarik kenderaan itu pada 29 Mei lalu, namun pemilik hanya menyedari kehilangan keretanya kira-kira dua minggu kemudian.
“Suspek mendakwa kenderaan ditarik kerana pemilik gagal membayar ansuran selama lapan bulan,” jelas Hanyan.
Susulan itu, suspek ditahan untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 448 Kanun Keseksaan kerana menceroboh.
Hasil semakan turut mendapati suspek mempunyai satu rekod jenayah lampau mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan kerana melakukan peras ugut.
Berita berkaitan
June 17, 2025, 3:59 pm
Jumlah hari sekolah kekal tiap tahun, NUTP nafi guru tak sempat tamat silibus
June 17, 2025, 3:44 pm
Maszlee dakwa jemputan ucaptama di IPTA dibatalkan kerana tiada tauliah agama
June 17, 2025, 3:43 pm
'Bukan mudah tinggalkan NRES' - Nik Nazmi kekal letak jawatan
June 17, 2025, 3:07 pm
Penyanyi Sheqal meninggal dunia
June 17, 2025, 2:37 pm
Akta 652 bakal digubal, TVET diangkat setaraf PHD - Steven
June 17, 2025, 11:38 am