Berita Berita
Akta 652 bakal digubal, TVET diangkat setaraf PHD - Steven

PUTRAJAYA 17 Jun – Kerajaan bersetuju untuk menggubal Akta Pembangunan Kemahiran Kebangsaan 2006 (Akta 652) dalam usaha memperkasakan serta meningkatkan kualiti Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di negara ini.
Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong berkata, menerusi pindaan akta tersebut, pihaknya berhasrat untuk menaik taraf tahap Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) agar setaraf dengan kelayakan akademik tertinggi seperti ijazah dan doktor falsafah (PhD).
Beliau berkata, ketika ini SKM hanya mempunyai lima tahap dan kelayakan tertinggi yang ditawarkan hanya setara dengan diploma lanjutan.
Justeru, pihaknya mencadangkan agar ditambah tiga lagi tahap baharu, iaitu tahap enam, tujuh dan lapan, bagi menjadikan pendidikan TVET setanding dengan laluan akademik.
Menurutnya, pindaan itu akan dibawa ke Parlimen dan beliau berharap semua Ahli Parlimen dapat memberikan sokongan penuh terhadap usaha tersebut.
Katanya, sudah tiba masanya masyarakat membuka minda dan mengiktiraf bahawa institusi TVET juga menawarkan ruang dan peluang besar kepada generasi muda untuk menimba ilmu serta kemahiran berkualiti.
Beliau turut menegaskan bahawa masyarakat perlu membudayakan pemikiran bahawa peluang menyambung pelajaran bukan hanya melalui universiti semata-mata, sebaliknya turut tersedia di institusi TVET yang setanding dari segi sumbangan kepada pembangunan modal insan negara.
Steven Sim berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran P10X Academy Sdn. Bhd. di sini hari ini.
Dalam pada itu, beliau memaklumkan sistem permohonan bersepadu UP_TVET yang dilancarkan sebelum ini telah menerima sebanyak 140,000 permohonan setakat ini.
Katanya, kerajaan juga mempertimbangkan untuk meluaskan penggunaan sistem itu bagi melibatkan institusi TVET swasta, sekali gus memudahkan pelajar membuat permohonan ke pelbagai institusi kemahiran dalam satu platform yang sama.
Berita berkaitan
June 17, 2025, 7:46 pm
Kes tembak di Cheras, Brickfields bukan gambaran KL tidak selamat – Polis
June 17, 2025, 7:38 pm
Wisma Putra gesa rakyat Malaysia tinggalkan Iran serta-merta
June 17, 2025, 7:31 pm
Lelaki ditemukan meninggal dunia dalam kereta di parkir kondominium
June 17, 2025, 6:38 pm
'Tiada rakyat yang patut menua dalam ketakutan terhadap kemiskinan' - Anwar
June 17, 2025, 3:59 pm
Jumlah hari sekolah kekal tiap tahun, NUTP nafi guru tak sempat tamat silibus
June 17, 2025, 3:44 pm
Maszlee dakwa jemputan ucaptama di IPTA dibatalkan kerana tiada tauliah agama
June 17, 2025, 3:43 pm
'Bukan mudah tinggalkan NRES' - Nik Nazmi kekal letak jawatan
June 17, 2025, 3:07 pm