Berita Berita
Wisma Putra gesa rakyat Malaysia tinggalkan Iran serta-merta

KUALA LUMUR 17 Jun – Wisma Putra menggesa semua rakyat Malaysia yang berada di Iran supaya meninggalkan negara itu dengan segera berikutan keadaan keselamatan yang semakin meruncing.
Dalam satu kenyataan hari ini, Kementerian Luar Negeri memaklumkan bahawa pihaknya sedang memantau rapi perkembangan semasa di Republik Islam Iran menerusi Kedutaan Besar Malaysia di Tehran.
“Usaha ini telah dipertingkatkan susulan tindakan agresif rejim Israel terhadap Iran pada 13 Jun lalu yang telah menyebabkan ketegangan di rantau tersebut semakin memuncak.
“Sehubungan itu, semua rakyat Malaysia yang masih berada di Iran dinasihatkan agar segera meninggalkan negara itu dengan apa jua kaedah yang tersedia,” kata kenyataan tersebut.
Menurut Wisma Putra, keadaan keselamatan di Iran amat tidak menentu dan berisiko untuk menjadi lebih buruk tanpa sebarang amaran.
“Keselamatan dan kesejahteraan rakyat Malaysia kekal sebagai keutamaan utama kementerian,” tambah kenyataan itu.
Kementerian turut memaklumkan bahawa pihak Kedutaan Malaysia di Tehran kini berada dalam komunikasi berterusan dengan semua rakyat Malaysia yang telah mendaftar di negara tersebut.
“Setakat ini, semua dilaporkan selamat dan telah dinasihatkan untuk segera meninggalkan Iran. Kedutaan akan terus menyediakan bantuan konsular yang diperlukan bagi memudahkan proses pemergian mereka,” jelas Wisma Putra.
Bagi sebarang kecemasan, rakyat Malaysia di Iran boleh menghubungi Kedutaan Malaysia di Tehran di alamat No. 25, 2nd Alley, North Zarafshan St., Shahrak-e-Gharb atau melalui talian +98-21 8807 2444, +98-21 8807 8606, +98-933 535 2602 atau e-mel ke mwtehran@kln.gov.my dan mwconsular.teh@gmail.com.
Wisma Putra juga telah mengaktifkan Bilik Gerakan Operasi bermula hari ini bagi memudahkan komunikasi dengan keluarga terdekat rakyat Malaysia di Iran. Mereka boleh menghubungi talian +603-8887 4570 atau emel ke dutyofficer@kln.gov.my untuk mendapatkan maklumat lanjut. - Media Telus
Berita berkaitan
June 17, 2025, 7:46 pm
Kes tembak di Cheras, Brickfields bukan gambaran KL tidak selamat – Polis
June 17, 2025, 7:31 pm
Lelaki ditemukan meninggal dunia dalam kereta di parkir kondominium
June 17, 2025, 6:38 pm
'Tiada rakyat yang patut menua dalam ketakutan terhadap kemiskinan' - Anwar
June 17, 2025, 3:59 pm
Jumlah hari sekolah kekal tiap tahun, NUTP nafi guru tak sempat tamat silibus
June 17, 2025, 3:44 pm
Maszlee dakwa jemputan ucaptama di IPTA dibatalkan kerana tiada tauliah agama
June 17, 2025, 3:43 pm
'Bukan mudah tinggalkan NRES' - Nik Nazmi kekal letak jawatan
June 17, 2025, 3:07 pm
Penyanyi Sheqal meninggal dunia
June 17, 2025, 2:37 pm