Berita Berita
Lelaki ditemukan meninggal dunia dalam kereta di parkir kondominium

KUALA LUMPUR 17 Jun - Seorang lelaki tempatan berusia 49 tahun ditemukan meninggal dunia dalam keretanya di kawasan tempat letak kenderaan sebuah kondominium di Puchong, awal pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Muhamad Farid Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan menerusi talian MERS 999 daripada isteri mangsa pada pukul 8.06 pagi.
“Mangsa ditemui dalam keadaan duduk serta lengkap berpakaian di tempat duduk pemandu kenderaan miliknya yang diparkir di kawasan parkir kondominium berkenaan.
“Hasil pemeriksaan fizikal ke atas tubuh mangsa tidak menemui sebarang unsur jenayah. Pegawai perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia yang hadir turut mengesahkan kematian mangsa di lokasi kejadian,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Mayat mangsa telah dihantar ke Jabatan Forensik, Hospital Sultan Idris Shah, Serdang untuk proses bedah siasat bagi mengetahui punca sebenar kematian.
Kes ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR). - Media Telus
Berita berkaitan
June 17, 2025, 7:46 pm
Kes tembak di Cheras, Brickfields bukan gambaran KL tidak selamat – Polis
June 17, 2025, 7:38 pm
Wisma Putra gesa rakyat Malaysia tinggalkan Iran serta-merta
June 17, 2025, 6:38 pm
'Tiada rakyat yang patut menua dalam ketakutan terhadap kemiskinan' - Anwar
June 17, 2025, 3:59 pm
Jumlah hari sekolah kekal tiap tahun, NUTP nafi guru tak sempat tamat silibus
June 17, 2025, 3:44 pm
Maszlee dakwa jemputan ucaptama di IPTA dibatalkan kerana tiada tauliah agama
June 17, 2025, 3:43 pm
'Bukan mudah tinggalkan NRES' - Nik Nazmi kekal letak jawatan
June 17, 2025, 3:07 pm
Penyanyi Sheqal meninggal dunia
June 17, 2025, 2:37 pm