Berita Berita
'Tiada rakyat yang patut menua dalam ketakutan terhadap kemiskinan' - Anwar

KUALA LUMPUR 17 Jun - Malaysia perlu mengubah tumpuan daripada konsep simpanan sekali gus kepada sistem pendapatan persaraan yang mampan, seiring peningkatan jangka hayat rakyat, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menurut beliau, pendekatan baharu yang diteroka Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk memperkukuh kecukupan simpanan persaraan adalah satu langkah tepat dan wajar dipuji.
“Kita perlu membina sistem yang mencerminkan solidariti lebih kukuh, khususnya untuk mereka yang mempunyai pendapatan sepanjang hayat yang terhad.
"Dalam visi kerajaan, tiada rakyat Malaysia sepatutnya menua dalam ketakutan terhadap kemiskinan, pengabaian atau kehilangan relevansi,” katanya.
Anwar yang juga Menteri Kewangan I berkata demikian ketika merasmikan Persidangan Kesejahteraan Sosial Antarabangsa (ISWC) 2025 anjuran KWSP, di ibu negara hari ini.
Turut hadir, Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan; Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad; Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil dan Pengerusi KWSP, Tan Sri Mohd Zuki Ali.
Anwar berkata, warga emas Malaysia hari ini lebih sihat, berpendidikan dan berkemampuan berbanding sebelum ini, dan dengan sokongan yang sesuai, ramai masih boleh terus menyumbang melalui pekerjaan, bimbingan atau khidmat masyarakat.
Beliau turut menyentuh dasar antarabangsa berkaitan umur persaraan dan perubahan pasaran buruh global yang sedang dinilai semula bagi menyesuaikan diri dengan jangka hayat yang lebih panjang serta perubahan cara bekerja.
“Negara luar telah mula melaraskan umur persaraan, menyeimbangkan antara kelestarian fiskal dan keinginan individu untuk terus aktif.
"Ini turut melibatkan peningkatan fleksibiliti di tempat kerja dan usaha mewujudkan persekitaran yang inklusif usia,” jelasnya.
Dalam konteks Malaysia, penstrukturan semula tenaga kerja kini berlaku di tengah perubahan struktur pasaran buruh negara.
“Ekonomi kita kini dibentuk semula oleh usahawan mikro, pekerja gig dan golongan bekerja sendiri.
Di bawah Ekonomi Madani, kerajaan komited meningkatkan potensi ekonomi menerusi pelaburan dalam pendigitalan, inovasi inklusif dan pertumbuhan perusahaan kecil dan sederhana (PKS),” katanya.
Anwar turut menegaskan bahawa pembentukan ekonomi umur panjang yang benar-benar mampan mestilah selari dengan pemeliharaan alam sekitar.
“Kita juga mesti melindungi dunia tempat kehidupan itu berlangsung. Ekonomi yang berkhidmat untuk manusia dan juga dunia ini,” katanya.
Berita berkaitan
June 17, 2025, 7:46 pm
Kes tembak di Cheras, Brickfields bukan gambaran KL tidak selamat – Polis
June 17, 2025, 7:38 pm
Wisma Putra gesa rakyat Malaysia tinggalkan Iran serta-merta
June 17, 2025, 7:31 pm
Lelaki ditemukan meninggal dunia dalam kereta di parkir kondominium
June 17, 2025, 3:59 pm
Jumlah hari sekolah kekal tiap tahun, NUTP nafi guru tak sempat tamat silibus
June 17, 2025, 3:44 pm
Maszlee dakwa jemputan ucaptama di IPTA dibatalkan kerana tiada tauliah agama
June 17, 2025, 3:43 pm
'Bukan mudah tinggalkan NRES' - Nik Nazmi kekal letak jawatan
June 17, 2025, 3:07 pm
Penyanyi Sheqal meninggal dunia
June 17, 2025, 2:37 pm