Berita Berita
Enam pelatih lari dari pusat pemulihan, seorang sudah ditahan semula berhampiran kilang di Jelebu

JELEBU 18 Jun – Seorang daripada enam pelatih Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) Jelebu yang meloloskan diri semalam berjaya diberkas semula pagi tadi berhampiran sebuah kilang kira-kira lima kilometer dari lokasi pusat pemulihan.
Ketua Polis Daerah Jelebu, Superintendan Azizan Said, memaklumkan operasi mengesan lima lagi pelatih yang masih bebas sedang giat dijalankan.
“Operasi mengesan pelatih yang melarikan diri itu turut dibantu unit anjing pengesan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan dan anggota Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK).
“Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi mana-mana balai polis berhampiran atau menghubungi IPD Jelebu di talian 066136222 atau 066137999,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Azizan berkata, pihak polis menerima maklumat kejadian itu kira-kira jam 1 tengah hari semalam sebelum melancarkan operasi memburu semua individu terbabit.
Kesemua pelatih yang masih diburu itu berusia antara lingkungan 20-an hingga 40-an.
Menurut Azizan, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 223 dan Seksyen 224 Kanun Keseksaan, masing-masing berkaitan kecuaian penjawat awam dan lari dari tahanan yang sah.
Berita berkaitan
June 18, 2025, 8:28 pm
SST: Apa akan jadi dengan nasib rumah ibadat? - Sivakumar
June 18, 2025, 4:22 pm
Langkah penguatkuasaan jualan vape dadah dalam talian akan dibincang tiga kementerian
June 18, 2025, 4:13 pm
Kerajaan peruntuk RM20 juta naik taraf sekolah dalam kem tentera
June 18, 2025, 4:06 pm
Polis jamin tahap keselamatan Kuala Lumpur masih terkawal
June 18, 2025, 4:02 pm
Najib dibenar hadir prosiding rayuan peguam negara berhubung titah adendum
June 18, 2025, 3:53 pm
Salah laku pegawai, anggota polis Kelantan meningkat hampir 100 peratus
June 18, 2025, 3:33 pm
Pelajar maut motosikal ditunggang rempuh kereta depan sekolah di Melaka
June 18, 2025, 3:17 pm
Makin ramai pesara, penjawat awam di Kelantan jadi mangsa 'phone scam' - Polis
June 18, 2025, 2:50 pm