Berita Berita
Langkah penguatkuasaan jualan vape dadah dalam talian akan dibincang tiga kementerian

PUTRAJAYA 18 JUN – Langkah penguatkuasaan bagi membanteras penjualan dalam talian produk terlarang, termasuk cecair vape yang mengandungi bahan terlarang, akan dirangka selepas perbincangan melibatkan tiga kementerian utama, kata jurucakap kerajaan, Datuk Fahmi Fadzil.
Menurut beliau, semasa mesyuarat Jemaah Menteri pada Rabu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali membangkitkan kebimbangan terhadap peningkatan penjualan produk dalam talian yang berpotensi diklasifikasikan sebagai dadah atau bahan terlarang, serta disalah guna menerusi peranti vape.
“Armizan, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad dan saya akan mengadakan pertemuan dalam masa terdekat untuk membincangkan langkah penguatkuasaan terhadap produk yang diharamkan, termasuk penjualan cecair yang dipercayai mengandungi dadah terlarang melalui aplikasi, platform media sosial, dan dalam talian secara umum,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.
Fahmi, yang juga Menteri Komunikasi, menegaskan bahawa langkah itu mencerminkan komitmen kerajaan untuk menangani lambakan produk seumpama itu secara dalam talian.
“Ini menunjukkan keseriusan kerajaan dalam membanteras penjualan produk terlarang secara dalam talian yang semakin berleluasa,” katanya.
Tambah beliau, hasil perbincangan itu akan dibentangkan kepada Jemaah Menteri bagi merangka tindakan penguatkuasaan terhadap individu atau platform yang membenarkan penjualan produk tersebut. – Media Telus.
Berita berkaitan
June 18, 2025, 8:28 pm
SST: Apa akan jadi dengan nasib rumah ibadat? - Sivakumar
June 18, 2025, 4:13 pm
Kerajaan peruntuk RM20 juta naik taraf sekolah dalam kem tentera
June 18, 2025, 4:06 pm
Polis jamin tahap keselamatan Kuala Lumpur masih terkawal
June 18, 2025, 4:02 pm
Najib dibenar hadir prosiding rayuan peguam negara berhubung titah adendum
June 18, 2025, 3:53 pm
Salah laku pegawai, anggota polis Kelantan meningkat hampir 100 peratus
June 18, 2025, 3:33 pm
Pelajar maut motosikal ditunggang rempuh kereta depan sekolah di Melaka
June 18, 2025, 3:17 pm
Makin ramai pesara, penjawat awam di Kelantan jadi mangsa 'phone scam' - Polis
June 18, 2025, 2:50 pm