TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

'UK mula bina 5 kilang senjata, 12 kapal selam perang' - Tun M bimbang Perang Dunia Ketiga mungkin tercetus

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 20 Jun – Tun Dr. Mahathir Mohamad menyuarakan kebimbangan berhubung kemungkinan tercetusnya Perang Dunia Ketiga susulan perkembangan ketenteraan beberapa negara besar ketika ini.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, terdapat usaha yang dilihat berpotensi mencetuskan konflik global, termasuk tindakan negara seperti United Kingdom (UK) yang sedang memperkukuhkan kekuatan tenteranya.

“Saya khuatir ada usaha-usaha untuk mencetuskan Perang Dunia Ketiga. UK umpamanya sudah adakan lima kilang senjata baharu dan akan membina 12 kapal selam perang. Jadi mereka sudah bersedia untuk berperang,” katanya dalam satu sesi podcast berkaitan konflik Israel-Iran yang disiarkan di media sosial hari ini.

Dr. Mahathir turut mengaitkan situasi itu dengan pengalaman sejarah pada sekitar tahun 1929 hingga 1930 apabila khabar angin tentang peperangan akhirnya membawa kepada tercetusnya perang sebenar.

Beliau berkata, ketika itu Jerman dan British mengambil langkah-langkah tertentu sehingga mencetuskan perang kerana Eropah beranggapan ia adalah cara menyelesaikan masalah.

“Mereka juga sedar perang tidak selesaikan masalah, sebab itu mereka mencadangkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk menghentikan perang. Tetapi buat PBB bagi kepada mereka kuasa veto. Itu bukan PBB, tapi satu pemerintahan diktator mereka yang kuat,” katanya lagi. - Media Telus

+ - reset