TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

'Keputusan dibuat itu soal hakim, Peguam Negara' - Anwar tak mahu masuk campur isu DNAA Najib

By
|
Kongsi
image

PUCHONG 20 Jun – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau tidak akan campur tangan dalam keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang melepaskan tanpa membebaskan (DNAA) Datuk Seri Najib Tun Razak daripada tiga pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan dana SRC International Sdn. Bhd. berjumlah RM27 juta.

Menurut Anwar, keputusan itu dibuat sepenuhnya oleh institusi kehakiman negara, melibatkan bidang kuasa hakim dan Peguam Negara.

“Keputusan dibuat itu adalah soal hakim, itu soal Peguam Negara, saya tidak mahu masuk campur,” katanya kepada media selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Kampung Sri Aman, Puchong, hari ini.

Terdahulu, beliau turut meluangkan masa menikmati makan tengah hari di Restoran RT sebelum bersama penduduk setempat menunaikan solat Jumaat.

Pada sebelah pagi, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan untuk memberi DNAA kepada bekas Perdana Menteri itu selepas membenarkan permohonannya atas alasan kes berlarutan terlalu lama dan pihak pendakwaan belum bersedia untuk memulakan perbicaraan dalam masa terdekat.

Sebelum ini, pihak pendakwaan memohon masa yang lebih panjang bagi mengesan dan mendapatkan 807 eksibit yang pernah dikemukakan dalam perbicaraan kes penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International. 

+ - reset