TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Jalan licin, ambulans KKM terbalik dalam perjalanan ambil pesakit di Melaka

By
|
Kongsi
image

MELAKA 20 Jun – Sebuah ambulans milik Kementerian Kesihatan (KKM) terbabas sebelum terbalik dalam kejadian di Kampung Paya Luboh, Tangga Batu pagi tadi, dipercayai akibat jalan licin.

Insiden yang berlaku kira-kira jam 10.40 pagi itu mengakibatkan pembantu perubatan berusia 30 tahun cedera, manakala pemandu berusia 40 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.

Menurut Timbalan Penguasa Bomba II, Mohd Hafidzatullah Rashid, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada jam 10.48 pagi dan tiba di lokasi kira-kira 10 minit kemudian.

“Setibanya pasukan operasi di tempat kejadian, ambulans jenis Toyota Hiace didapati masih berada di lokasi dan seorang mangsa lelaki mengalami kecederaan,” katanya ketika dihubungi.

Difahamkan, ambulans berkenaan sedang dalam perjalanan untuk mengambil pesakit ketika kemalangan berlaku. Kejadian itu turut menyebabkan kesesakan lalu lintas sepanjang hampir satu kilometer dan tersebar luas di media sosial. - Media Telus

+ - reset